1 Jun 2017

Kenyataan Rasmi Ketua Pemuda MCA Perak Mengenai Insiden atas MH128

Berhubung dengan insiden dan perbuatan seorang Penumpang di atas MH128 dari Melbourne ke KL.

1) Terima kasih kepada Cabin Crew dan penumpang lain yang berkerjasama bagi menyerahkan Warganegara Sri Lanka tersebut kepada Pihak Berkuasa Australia.

2) Keselamatan penerbangan adalah mustahak bagi penumpang-penumpang pesawat.

3) Justeru itu, ICAO/IATA perlu mengeluarkan garis panduan supaya penumpang yang telah mabuk atau minum minuman keras melebihi sesuatu had (setelah menjalani pemeriksaan) adalah perlu dibatalkan tiket penerbangan atau diminta tukar tarikh daripada dibenarkan untuk menaiki pesawat.

4) Tindakan keras perlu dikenakan ke atas penumpang yang membuat gangguan di atas pesawat dan hukuman yang paling maksima perlu dilaksanakan.

5) Kejadian ini tidak berkait dengan politik dan tidak patut dijadikan isu malah Kerajaan termasuk MAS tidak wajar dipersalahkan malah kita perlu bersatu-padu menentang sebarang kekerasan atau kacau ganggu oleh penumpang atau sesiapa individu yang berada di atas pesawat. Menteri Pengangkutan Malaysia telah melaporkan kejadian tersebut dengan pantas.

6) Ketenangan dan kaedah pengurusan penumpang tersebut di atas pesawat perlu dipuji dan dijadikan contoh pengajaran kepada negara lain. Ia telah membuktikan bahawa juruterbang MH128 telah berhubung dengan Menara Kawalan di Negara berkenaan dengan segera setelah mendapati insiden tersebut berlaku dan berpatah balik bagi mengharmonikan keadaan demi menjamin keselamatan penumpang dan pesawat.

7) Syabas dan Tahniah kepada MAS dan semua cabin crew serta penumpang lain yang turut memainkan peranan bersama.

8) Keselamatan Penumpang adalah perlu diutamakan apatah lagi Rakyat Malaysia. Terima kasih kepada semua individu dari dalam dan luar negara yang telah menunjukkan keprihatinan mereka dan berdoa ke atas keselamatan semua penumpang.

Ting Tai Fook
Ketua Pemuda MCA Perak

-MCA online-