Alasan kesenian tidak boleh dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk ‘menyentuh’ simbol kenegaraan, kedaulatan institusi diraja dan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Quin Er Chan berkata, sama ada alasan seni atau politik sekalipun, Jata Negara yang menjadi simbol negara tidak harus dihina.

Beliau merujuk kenyataan Ahli Dewan Undangan Tanah Rata, Chiong Yoke Kong yang mendakwa Perikatan Nasional tidak seharusnya sensitif terhadap keseniaan apabila merujuk kepada rekaan kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia yang mengubah suai Jata Negara.

Er Chan berkata, kerajaan Perikatan Nasional tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyokong Pakatan Harapan yang menggunakan seni untuk menyindir ahli-ahli politiknya kerana arif tentang demokrasi.

”Tetapi Jata Negara yang melambangkan negara ini tidak harus dihina dengan alasan seni. Seni ke, politik ke, ada batasannya. Ahli politik PN anda boleh hina dan rakyat akan menilai perangai anda. Tetapi simbol kenegaraan, kedaulatan institusi diraja dan simbol rakyat, mohon jangan sentuh,” katanya.

– MalaysiaGazette