Setiausaha organisasi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berpura-pura bodoh. Takkan beliau tidak tahu Consortium Zenith Construction membayar RM22 juta kepada dua pihak untuk berkhidmat perundingan.

"Terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion adalah satu projek mega kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi Lim Guan Eng mendakwa tidak mengetahui skandal-skandal yang telah berlaku. Siapa yang akan percaya?"

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri telah mengkaji akaun syarikat pemaju utama projek terowong dasar laut, CZC dan menggadaikan dua lot tanah sebagai pembayaran kos kajian kebolehlaksanaan projek kepada Zenith. Di atas tanah-tanah ini juga telah dijalankan projek dan penjualan dua blok kondominium mewah.

"Sekarang Zenith membayar seorang peniaga, dan peniaga ini ditahan kerana dipercayai cuba menutup kes siasatan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Orang ramai sudah dapat teka apa yang telah berlaku, macam mana Lim Guan Eng tidak tahu? "

Dr Tan mengutuk Lim tidak berhenti-henti berbohong di atas skandal terowong dasar laut, termasuk berkata China Railway Construction adalah salah satu ahli syarikat projek dalam syarikat pemaju utama projek terowong dasar laut; modal berbayar minimum syarikat pemaju utama adalah RM381 juta; berkata kerajaan negeri tidak pernah membayar syarikat pemaju utama dan banyak lagi.

"Akhirnya bohong-bohong ini dibocorkan. Zenith sendiri mengakui modal berbayar mereka hanya RM26.5 juta; China Railway Construction hanya mengambil bahagian dalam kebolehlaksanaan projek dan hanya dapat bayaran RM3 juta mengakibatkan kerja tidak dapat diteruskan. Kredibiliti kerajaan negeri Pulau Pinang telah lenyap!"

Beliau berkata apabila skandal baru-baru meletus, Lim Guan Eng tetap menafi. Kini apabila keadaan menjadi teruk, Lim melepaskan tanggungjawab dan mendakwa tidak tahu apa yang berlaku. Adakah rakyat Pulau Pinang akan bertolak ansur terhadap Ketua Menteri yang berperangai ini? Rakyat Pulau Pinang harus menggulingkan kerajaan negeri DAP pada pilihan raya umum yang akan datang!