Abdul Rashid perlu digugur daripada ERC - Naib Presiden MCA
MCA masih pakar hal ehwal Cina  

MCA: Adakah Dr M ambil kira perasaan orang Cina?

Pada Khamis    03-01-2019 10:20:00

Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng hari ini mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil kira perasaan masyarakat Cina berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir dalam wawancara bersama Sin Chew Daily yang menyatakan bahawa pengiktirafan UEC mudah namun perlu mengambil kira perasaan orang Melayu.

"Rakyat menyokong Mahathir termasuk dari kalangan Melayu, Cina, India dan etnik lain. Anda kata UEC boleh diiktiraf dengan hanya tandatangan guna nama anda, asalkan perasaan orang Melayu dijaga.

"Tapi, bukankah perasaan orang Cina juga perlu diambil kira?" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tan berkata beliau kecewa dengan kenyataan Mahathir dan mempersoalkan pendirian pemimpin DAP berhubung perkara itu.

Sementara di barisan pembangkang, DAP sering membidas MCA dan BN berhubung isu UEC.

"Lim Guan Eng, jika anda masih Cina, dan masih memegang janji, masyarakat Cina menunggu penjelasan daripada anda. Jangan terus berdiam diri," katanya.

Mahathir, dalam wawancara akhbar harian berbahasa Cina berkenaan berkata, usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum memerlukan masa.

"Apabila orang Melayu setuju untuk merdeka, mereka juga bersetuju untuk membenarkan bukan Melayu mendapatkan kerakyatan. Dengan memberi kerakyatan kepada lebih ramai orang, mereka percaya ia adalah satu bahasa dan satu budaya untuk satu negara, selain undang-undang asas dan persepakatan bersama.

"Tapi mereka mendapati, bukan saja bahasa Melayu tidak mendapat sokongan yang baik, masih ramai yang tidak tahu langsung berbahasa Melayu, tapi kita masih terima mereka. Berapa banyak lagi yang mereka mahu kita terima?" katanya.

-Malaysiakini-

Berita Berkatian

Janji kosong lagi - Pakatan semakin terdesak menang PRK Semenyih

Dr. M, Anwar, Muhyiddin halang iktiraf UEC?

MCA P Pinang berkabung HARAPAN gagal tunai janji 100 hari

Adakah pengiktirafan UEC dibincang dalam mesyuarat Kabinet?

Empat isu pendidikan wajar diberi keutamaan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching