MCA: Adakah Dr M ambil kira perasaan orang Cina?
MCA masih pakar hal ehwal Cina  

Mesti cakap serupa bikin, Wee beritahu Dr M selepas cadang ‘tutup kedai’

Pada Khamis    03-01-2019 10:29:00

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini memulangkan paku buah keras kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meminta MCA “tutup kedai” kerana kalah pilihan raya umum.

Beliau mengingatkan beberapa minggu lepas Dr Mahathir sendiri mahukan pembangkang yang kuat, dan MCA mahu menjadi sebahagian pembangkang yang kuat untuk memantau kerajaan.

“Dr Mahathir kata mahu pembangkang yang kuat. Maka beliau sepatutnya cakap serupa bikin,” beliau memberitahu FMT.

Wee mengulas temuramah Dr Mahathir dengan akhbar Sin Chew Daily di mana beliau berkata MCA patut pertimbangkan “tutup kedai” selepas Barisan Nasional ditolak rakyat pada pilihan raya umum lepas.

Wee mengingatkan Dr Mahathir jangan memandang remah MCA memandangkan ada beberapa tahun lagi sebelum pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata MCA menyedari kekurangan dan kelemahannya.

“Kami tidak akan menyerah kalah. Kekalahan ini sebahagian pasang surut politik,” katanya.

Satu-satunya Ahli Parlimen MCA itu berkata walaupun PH cuba menggambarkan diriny sebagai gabungan berbilang budaya, perdana menteri daripada parti berasaskan kaum.

Kerana itu, MCA, yang dianggotai orang Cina, juga akan terus berfungsi, katanya.

Naib Presiden Datuk Seri Ti Lian Ker pula berkata jelas parti komponen PH tidak setaraf.

Kedudukan masing-masing boleh dilihat apabila mereka tidak membantah idea kereta nasional ke-3 dan kemungkinan tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PPBM bersikap seperti Umno masa lalu. Jelaslah PH mengenai Dr Mahathir,” katanya.

Ti berkata pentadbiran sekarang seperti pentadbiran BN dulu, yang terpusat pada Umno dan Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri ke-4.

Beliau berkata MCA yang berusi 69 tahun akan terus bersuara walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

-Free Malaysia Today-

Berita Berkatian

MCA masih pakar hal ehwal Cina

MCA masih relevan dan berpengaruh sebagai pakar hal-ehwal masyarakat Cina

MCA kekal parti komponen BN

MCA kekal dalam BN, pastikan politik perkauman tidak berkembang

Bersandarkan Semangat Konsensus, Memartabatkan Nilai Kepelbagaian