5 Jun 2017

Kenyataan Media Majlis Presiden MCA

Perangai Grace Lam dikecam; Semua pihak berkaitan digesa bersama MCA mengecam tindakan Grace Lam

Mesyuarat Majlis Presiden pada pagi ini telah membincangkan isu berita palsu yang dipaparkan pada Facebook Grace Lam yang sengaja mendakwa bahawa beliau telah dirompak di Bentong, dan mesyuarat tersebut telah mencapai persetujuan seperti berikut:

1)    Membidas Grace Lam kerana sengaja mencipta berita palsu. Sebagai seorang tokoh awam, beliau telah memaparkan contoh yang tidak baik dengan sengaja menipu orang ramai. Tindakannya juga telah merosakkan imej Bentong dan Malaysia. Walaupun beliau telah memohon maaf, ia tidak mampu memperbaiki semula imej Bentong dan Malaysia, dan membuktikan bahawa integritinya telah hancur.

2)    Tindakan akan diambil terhadap rakyat Malaysia yang sengaja mencipta berita palsu demi kepentingan politik sendiri, jadi tindakan yang sama juga harus diambil terhadap warga asing yang melanggar undang-undang dan norma-norma kesopanan. Pada masa sama, MCA juga meminta pihak awam untuk sentiasa berhati-hati terhadap berita palsu.

3)    Tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak tertentu untuk mencipta berita palsu mengenai kejadian jenayah untuk memanfaatkan diri sendiri adalah tidak adil kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa bukan sahaja perlu melaksanakan tugas-tugas asas mereka, tetapi juga harus membazirkan sumber-sumber yang terhad untuk mengekang penyebaran berita palsu.

4)    Perangai Grace Lam telah merosakkan imej negara. Semua pihak berkaitan harus menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengekang penyebaran maklumat tidak berasas melalui media sosial, pihak Jabatan Immigresen Malaysia yang berkuasa di bawah Akta Immigresen untuk menentukan jika Grace Lam patut dihalang masuk ke Malaysia, dan pihak Polis DiRaja Malaysia harus menyiasat Grace Lam atas kesalahan fitnah jenayah.

5)    Siasatan dan tindakan terhadap Grace Lam adalah penting untuk mengekang dan menghalang penyebaran berita palsu di masyarakat demi menjaga imej negara dan keharmonian sosial.

Majlis Presiden MCA

-MCA online-