Isu hakisan pantai yang membimbangkan penduduk di Taman Sri Pantai dan Lorong Seni Sayong, Kampung Rimba Terjun, Pontian, sentiasa berada dalam perhatian dan pemantauan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng.
Terbaru, beliau telah berjumpa dengan YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Perjumpaan pada 4 Februari itu, yang turut melibatkan beberapa pegawai kanan PETRA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi isu tersebut, yang berada pada tahap kritikal sekarang.
Menerusi catatan Facebooknya, Jeck Seng memberitahu, pihak kementerian dan JPS bersetuju untuk turun padang bagi lawatan tapak serta menyediakan peruntukan kecemasan bagi menangani masalah hakisan pantai ini.
“Saya akan terus memantau perkembangan agar langkah susulan dapat dilaksanakan segera demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat,” katanya.
Penerangan MCA
6 Februari 2026