
Malam Media Mamma Mia MCA 2026 malam tadi berlangsung dalam suasana meriah apabila kira-kira 250 pengamal media hadir memeriahkan acara dengan pelbagai aktiviti menarik diselitkan termasuk permainan interaktif, cabutan bertuah serta kejutan angpau.
Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong ; Timbalan Presiden MCA, Dato' Dr. Mah Hang Soon; Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon; Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low; Ketua Pemuda MCA, YB Ling Tian Soon serta barisan pimpinan MCA yang lain.

Dalam ucapan ringkasnya, Ka Siong berkata peranan pengamal media dalam menyampaikan berita sahih dan tepat kepada masyarakat tidak perlu disangkal lagi.
"MCA begitu menghargai sumbangan para pengamal media yang saban hari bekerja tanpa mengenal penat lelah dalam menyampaikan berita yang sahih dan tepat kepada masyarakat," katanya.

Setiap tahun, MCA menganjurkan majlis Malam Media bagi meraikan pengamal media yang telah bertungkus lumus membantu MCA dan negara dalam membuat laporan berita benar untuk tatapan umum.
"Terima kasih kepada anda semua yang sudi hadir pada malam ini. Semoga hubungan baik yang terjalin ini akan kekal sampai bila-bila," katanya.
PENERANGAN MCA
6 MAC 2026