6 November 2019

Laporan polis oleh Wanita Barisan Nasional Tanjung Piai terhadap YB Datuk Seri Salahuddin Ayub

Wanita Barisan Nasional Parlimen Tanjung Piai hari ini membuat laporan polis bagi mendesak pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengambil tindakan terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub tanpa takut dan sewajarnya.

Deskan ini berikutan kenyataan beliau berkait video yang tular dalam media sosial baru-baru ini yang jelas bertentangan dngan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu di bawah Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Dalam Perjumpaan Tertutup semasa berkempen untuk Pilihanraya Kecil P.165 Tanjung Piai di SJKC Pei Chio Kukup Laut, YB Salahuddin Ayub dalam petikan ucapannya:

“Kalau bagi balik BN berkuasa…dia kawan dengan PAS, you jaga! Ini country akan huru-hara!” “Kita boleh berniaga, boleh sekolahkan anak, takda orang tembak sana sini, takda orang bakarsana sini. Nak berniaga tak boleh nak pergi laut tak boleh.”

Menerusi video berdurasi selama satu minit dua puluh saat itu, YB Salahuddin Ayub jelas menakutkan rakyat. Beliau secara terangnya berkempen dengan menyebarkan kebencian antara kaum dan agama.

Wanita Barisan Nasional percaya, pendekatan kempen berbaur rasis dan chauvinis oleh YB Salahuddin Ayub ini akan mencetuskan kebencian serta menyemarakkan api perkauman.

Sehubungan itu, Wanita Barisan Nasional mahu YB Salahuddin Ayub disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 atau mana-mana undang-undang sedia ada yang berkaitan.   

-MCA online-