MCA menyambut baik terhadap beberapa cadangan yang memerlukan kerjasama diantara Malaysia dan China dalam bidang pembuatan; pendidikan akademi dan vokasional; iklim dan teknologi hijau; serta pertanian.
Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya sedia memberi sokongan padu berasaskan pengalaman yang luas bagi merealisasikan kerjasama ini demi kepentingan dan kebaikan khususnya kepada rakyat kedua-dua negara.
Semalam, Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Sekretariat EXPO China-ASEAN dan Pengurus Besar EXPO China-ASEAN Antarabangsa Guangxi, Tang Hai dan Pengarah Bahagian Perdagangan Antarabangsa, EXPO China-ASEAN Antarabangsa Guangxi Chen Zhuo, di Wisma MCA Kuala Lumpur.
EXPO China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 akan diadakan di Guangxi, China pada 16-19 September 2023.
"Saya difahamkan bahawa pendaftaran untuk EXPO kali ini juga telah penuh. Pengusaha-pengusaha tempatan Malaysia telah memperolehi banyak manfaat dengan mengambil bahagian dalam EXPO-EXPO yang lepas dan saya yakin manfaat sama turut diperoleh bagi penganjuran pada kali ini," katanya lagi.
MCA Online
14 Jun 2023