Penubuhan Cawangan Baru

Pada Selasa    31-05-2016 14:19:00

Langkah-Langkah Menubuhkan Cawangan Baru

  1. Mesti ada 5 pencadang untuk menubuh cawangan baru - semua mestilah ahli-ahli Bahagian tersebut (Klik sini untuk muat turun borang)
     
  2. Sebuah Cawangan yang sah mesti mengandungi sekurang-kurangnya 50 ahli, termasuk 10 ahli seumur hidup. Sekurang-kurangnya 50% ahli-ahli baru mestlah penduduk atau pengundi tempatan
     
  3. Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian, Negeri ataupun di Ibu Pejabat MCA
     
  4. Segala pertanyaan boleh dibuat terus ke Ibu Pejabat jika tidak menerima jawapan selepas 3 bulan
     
  5. Selepas dilulus, Cawangan baru tersebut mestilah merekrut 50 ahli baru dalam tempoh 6 bulan, termasuk 10 ahli seumur hidup sebagai keperluan minimum. Cawangan tersebut harus memastikan bahawa sekurang-kurangnya 50% daripada ahlinya adalah penduduk ataupun pengundi tempatan supaya Cawangan tersebut boleh didaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Jika tidak, Jawatankuasa Pusat MCA boleh membuat keputusan untuk memansuhkan Cawangan tersebut
     
  6. Semasa merekrut ahli-ahli baru, semua Cawangan baru mesti mematuhi syarat bahawa sekurang-kurangnya 50% daripada ahli-ahli barunya mestilah penduduk atau pengundi tempatan. Syarat ini juga diguna pakai untuk semua Cawangan yang sedia ada.

(Prosedur-prosedur tersebut telah diterima pakai oleh mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA pada 25 Ogos 2006)