Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong berpendapat bahawa kawasan Bagan mempunyai seorang ahli Parlimen yang merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, serta mempunyai 2 orang EXCO kerajaan negeri harus diberikan satu anugerah kepada mereka, atas projek naiktaraf jalanraya yang lambat seperti kura-kura, anugerah ini adalah sesuai dan tepat.

Dr Tan Chuan Hong, sebagai salah seorang penduduk yang berasal serta membesar dari situ berpendapat bahawa, penduduk yang tinggal di sekitar Raja Uda merungut atas projek-projek naiktaraf yang telah mengambil masa 9 tahun, sehingga kini masih belum siap.


Apabila penduduk di situ mahu keluar masuk, mereka perlu berfikir bagaimana mengelakkan kesesakan lalu lintas dan berjalan jauh supaya tidak terjerumus dalam kesesakan. Oleh itu, ramai pemandu yang keluar seorang diri lebih suka menunggang motorsikal.

Projek naiktaraf mengambil masa yang panjang, batu sempadan di tengah jalan dan kedua-dua belah bahu jalan dibina terlalu tinggi sehinggakan ia membahayakan penunggang motorsikal, serta hancuran batu dan pasir halus sering mengalir ke dalam longkang tepi jalan, tambahan lagi tidak diuruskan pada masa yang ditetapkan, lambat-laun akan mengakibatkan banjir kilat apabila hujan, dan air kotor mengalir keluar.

Dr Tan Chuan Hong menyatakan bahawa, setelah Barisan Nasional hilang kuasa pemerintahan di Pulau Pinang pada 308 yang lalu, kerajaan persekutuan masih menunaikan janji di bawah “Rancangan Malaysia yang ke-9”, meluluskan projek dan membina Jambatan Kedua Pulau Pinang, jambatan yang terpanjang di rantau Asia Tenggara. Kepanjangan jambatan ini adalah 24 kilometer dengan 16.9 kilometer struktur laut, seluruh proses pembinaan mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan, dan dibuka secara rasminya pada 1hb Mac 2014. Sebaliknya, projek pelebaran dan keindahan jalan yang jaraknya kurang dari 4km di Jalan Raja Uda belum disiapkan selepas mengambil 9 tahun. Jika kelajuan ini tidak dipanggil kura-kura, apakah perkataan yang sesuai lagi untuk disebut?? Adakah projek pelebaran dan keindahan jalan lebih susah daripada pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang?

Dr Tan Chuan Hong juga berpendapat bahawa EXCO Lim menjawab penduduk kawasan dengan 'Adakah ia bermasalah sekiranya projek pelebaran mengambil masa 9 tahun' adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Beliau berpendapat bahawa sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat (walaupun YB tersebut tidak duduk dalam Parlimen Bagan) harus memahami penduduk, serta menyelesaikan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat , dan bukan melayan aduan rakyat dengan sikap yang sambil lewa dan langsung tidak peduli.

Di samping itu, penjaja di tepi jalan mengadu bahawa selepas naiktaraf jalan mengakibatkan tempat letak kereta serta pelanggan mereka semakin berkurang, perniagaan juga menjunam sehinggakan pendapatan bulanan keluarga pun menjadi masalah besar. Dr Tan Chuan Hong berpendapat bahawa kawasan Bagan yang mempunyai seorang Ketua Menteri dan 2 orang EXCO seharusnya boleh menjadikan satu kawasan yang mempunyai daya saing yang hebat dan tempat yang teratur, tambahan lagi dengan daya saing yang hebat akan membantu penjaja untuk ditransformasikan. Janganlah menganggap aduan ini sebagai apa yang disebut oleh EXCO Lim yang menganggap aduan ini sebagai angin di tepi telinga.


Secara keseluruhannya, projek naiktaraf pelebaran dan keindahan jalan mendatangkan gangguan hidup yang amat serius kepada penjaja dan penduduk di Jalan Raja Uda, ia tidak boleh membenarkan “1 orang Ketua Menteri dan 2 orang EXCO Bagan” duduk dengan sia-sia sahaja. Lagipun merekalah pegawai kerajaan negeri yang menerima gaji yang lebih lumayan daripada pembayar cukai, tidak patut duduk dalam pejabat untuk menikmati hawa dingin, tetapi perlu turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.

-MCA online-