
Mengapa Anthony Loke kata susah mahu integrasi sistem Pas Rapid KL dan KTM Komuter, apabila Barisan Nasional (BN) pada 2017 pernah berkata bahawa KL dijangka memiliki sistem pengangkutan awam berintegarasi pada 2027, iaitu tahun depan.
BN telah menjadikan pembangunan dan naik taraf pengangkutan awam sebagai satu keutamaan, agenda utama di bawah Pelan Transformasi Negara (NTP).
Malah, jaringan rel dan sokongan keterhubungan pengangkutan rel dirancang menjadi pemacu dan pemangkin pembangunan serta pertumbuhan ekonomi masa depan, secara langsung menyumbang kepada usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
Apa pula kerajaan PH1.0 zaman Tun Dr. Mahathir dan PH2.0 zaman Datuk Seri Anwar di mana Loke adalah Menteri Pengangkutan buat selepas dapat kuasa?
Mengapa tidak mahu sambung pelan zaman BN yang jelas memiliki hala tuju yang memanfaatkan rakyat dan negara?
Adakah kerana mereka terlalu sombong dan angkuh untuk mengakui kebaikan dan sumbangan BN?
Adakah kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan yang dipimpin Menteri dari DAP tidak mampu berfikiran ke hadapan dan menaik taraf sistem pengangkutan awam negara?
Diharapkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dapat menjawab soalan-soalan tersebut, selain menumpu usaha untuk menangani gangguan perkhidmatan rel yang semakin kerap baru-baru ini. Rakyat sebagai pengguna sudah muak dengan pelbagai alasan diberi. Kami hanya mahu penyelesaian segera.
Tan Jie Sen
Ketua Pemuda MCA Selangor
15 April 2026