Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas

Rang Undang-undang Membaharui Undang–undang

(Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017

(DR 33/2017)

YB Dato’ Sri Wee Jeck Seng (Tanjong Piai)

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017.

Tuan yang Di-Pertua,

Secara umumnya kita mengetahui, Rang Undang-undang Membaharui Undang–undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 ini tidak mempunyai perubahan kecuali penguguran ke atas Seksyen baharu 88A.

Tuan yang Di-Pertua,

Dalam perbahasan ini saya ingin juga membangkitkan beberapa perkara lain yang juga penting.

Isu pertama mengenai isu pemisahan di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah bagi menamatkan satu perkahwinan di antara pasangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam telah mendapat satu penyelesaian yang baru. Di bawah pindaan ini, pasangan yang ingin bercerai boleh mengemukakan petisyen penceraian mereka di mahkamah sivil. Tambahan, hak yang sama diberikan juga kepada pasangan yang beragama Islam. Ini amat jelas dalam Sekyen 3(3) serta Sekyen 51(1).

Selain itu, pindaan ini juga telah membolehkan hak yang sama diperolehi oleh kedua-dua pasangan sama ada Islam dan bukan Islam ke atas isu berkaitan dengan perkahwinan anak yang masih berumur di bawah 21 tahun. Akan tetapi, terdapat tiga perkara yang saya ingin mendapatkan penerangan daripada kementerian:

      i.        Situasi pertama, Apakah cadangan kementerian sekiranya salah seorang ibu bapanya tidak dapat dikesan dan bukannya meninggal dunia. Bagaimana persetujuan mengenai perkahwinan ditentukan?

    ii.        Dalam situasi kedua, Sekiranya seorang remaja yang berumur 19 tahun ingin berkahwin tetapi kedua ibu bapa kandung dan ibu bapa angkatnya meminggal dunia. Bagaimana persetujuan diperolehi oleh remaja tersebut?

Maka saya mencadangkan bagi situasi pertama dan kedua supaya kuasa mahkamah sivil untuk mengecualikan persetujuan kedua-dua ibu bapa bagi perkahwinan anak dan membenarkan supaya salah seorang dibenarkan membuat persetujuan.

   iii.        Situasi ketiga ialah agar Seksyen 12 diperluaskan mengenai perkara lain seperti kebajikan, penjagaan, pendidikan dan agama ke atas anak. Ini adalah penting apabila Seksyen bahru 88A digugurkan. Ini juga memastikan agar hak pasangan yang bukan Islam terjamin dan sekurang-kurangnya boleh mengemukakan pendapat kepada perkara kebajikan penjagaan, pendidikan dan agama anak mereka bersama.

Saya mencadangkan agar pendapat anak tersebut dirangkumikan dalam pertimbangan mahkamah sivil terutamanya keagamaan kanak-kanak atas dasar “in the best interest of the child”.

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya juga ingin membangkit satu perkara yang dikira dalam pindaan ini sedikit kabur. Adakah dengan melalui pindaan ini, pasangan bukan Islam boleh menuntut bersama hak penjagaan anak mereka?

  • Jika ya, apakah yang boleh dilakukan oleh pasangan bukan Islam untuk memastikan pasangannya yang telah memeluk agama Islam tidak menukar keagamaan anak mereka dahulu dan kemudian mengemukakan petisyen perceraian?
  • Jika tidak, apakah penyelesaian resolusi yang boleh dicadangkan oleh kementerian bagi memastikan tidak seorang individu yang mengambil kesempatan ke atas urutan prosiding ini?

Tuan Yang Di-Pertua,

Perkara yang seterusnya yang ingin dibangkitkan adalah mengenai perkara hak untuk mendapatkan nafkah daripada pasangan yang telah memeluk agama Islam. Ini telah memberikan satu hak jamin kepada pasangan yang bukan Islam. Ini adalah untuk memastikan agar selepas penceraian perkahwinan terutamanya pasangan yang Islam tidak hanya melepaskan tanggungjawab mereka begitu sahaja.

Perkara yang terakhir yang ingin juga bangkit ialah penguguran Seksyen 88A. Diminta agar pihak kerajan yang kerap mendahulukan rakyat supaya mempertimbangkan semula agar seksyen ini dimasukan semula dalam pindaan berikutnya. Ini kerana isu “unilateral conversion” masih akan tergantung tanpa penyelesaian. Ini juga merupakan suara golongan minoriti yang juga merupakan rakyat yang perlu didahulukan.

Sekian, terima kasih.

-MCA online-