Guan Eng, Leiking tipu berhubung biaya kereta nasional ke-3, kata Wee
Kerajaan PH mahu bankrapkan negara?  

Pemulangan kali kedua kertas siasatan bakal membawa kepada dua kesan utama

Pada Ahad    11-08-2019 20:09:00

11 Ogos 2019

Kenyataan Media Ketua Penyelaras Pasukan Pemantau Kerajaan (GMC) MCA, Dr Wong Kok Fye

Pemulangan kali kedua kertas siasatan bakal membawa kepada dua kesan utama
 
Pasukan Pemantau Kerajaan (GMC) MCA mengharapkan pihak polis untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai kertas siasatan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan seorang Exco kerajaan DAP Perak yang dipulangkan untuk kali kedua.

Menurut laporan media, Ketua Polis Perak mengatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dilengkapkan sebelum kertas siasatan berkenaan dihantar semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.

Setelah lebih sebulan sejak laporan polis dibuat, kelewatan tindakan lanjut akan membawa kepada dua kesan utama berikut :

Pertama: Imej Malaysia terjejas

Masyarakat antarabangsa amat prihatin terhadap kes ini kerana ianya membabitkan seorang warga asing. Kerajaan Indonesia serta badan-badan bukan kerajaan juga telah bertemu dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia untuk menggesa kes ini dikendalikan secara adil dan telus. 

Kelewatan dalam proses siasatan pastinya akan menjejaskan imej Malaysia. Cara pihak polis dan kehakiman mengendalikan kes ini sedang diperhatikan dengan teliti oleh masyarakat antarabangsa. Sementara pemulangan kertas siasatan untuk kali kedua sudah tentu membangkitkan perasaan syak wasangka dan memberi gambaran negatif kepada masyarakat antarabangsa.

Kedua: Menambahkan tekanan ke atas keadaan fizikal dan mental pihak terbabit

Proses siasatan polis sangat terperinci dan rasional, dan pihak terbabit (mangsa atau orang yang dituduh) sudah tentu menghadapi tekanan psikologi dan fizikal. Pemulangan semula kertas siasatan untuk kali kedua akan menyebabkan pihak polis terpaksa memulakan semula prosedur siasatan. Ini mungkin bermakna bahawa pihak terbabit terpaksa bekerjasama dengan pihak polis sekali lagi, dan ini secara langsung bakal menambahkan lagi tekanan psikologi dan fizikal terhadap mereka kerana terpaksa melalui semula pengalaman perit yang dialami.

Berdasarkan dua perkara tersebut, diharapkan pihak polis dapat memberi penjelasan terperinci mengenai sebab kertas siasatan dipulangkan semula, tanpa menjejaskan prosedur siasatan.

GMC MCA juga mengharap pihak polis supaya melengkapkan siasatan mereka dengan baik dan secepat mungkin sebelum diserahkan semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.  

Jika pihak polis mampu melakukan apa yang dicadangkan ini, ia sudah pasti dapat memulihkan imej negara pada mata masyarakat antarabangsa, disamping mengurangkan tekanan ke atas semua pihak yang terbabit.

-MCA online-

Berita Berkatian

Tuduhan jenayah rogol Exco Perak - Malaysia harus memastikan keadilan, kesaksamaan dijaminkan

Kecuaian tidak melampirkan laporan forensik satu kesilapan yang amat memalukan

Kerajaan harus telus jika Indonesia telah memohon untuk ekstradisi Paul Yong

MCA tubuh pemerhati kes exco dituduh merogol

DAP jangan ganggu siasatan Paul Yong, pesan MCA