MCA Sokong padu calon BN
Kerajaan perlu gubal undang-undang perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja gig  

Dakwaan 'beli undi': Presiden MCA gesa SPR ambil tindakan

Pada Ahad    12-01-2020 10:31:00

Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan berlaku kegiatan 'membeli undi' pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Wee berkata insiden terbaru itu melibatkan Menteri Pelancongan dan Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi yang mengumumkan bahawa beliau akan mendapatkan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk sebuah sekolah di kawasan parlimen itu.

"Pelik. Menteri pelancongan mengumumkan peruntukan kerajaan kepada sekolah. Sejak bila sekolah menjadi destinasi pelancongan?" Soal Wee pada hantaran Facebook hari ini.

Wee berkata Mohamaddin juga pernah membuat pengumuman serupa bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM80,000 kepada sebuah sekolah semasa kempen PRK Semenyih.

"(Pada masa itu), Mohamaddin menarik balik pengumuman selepas dia diberitahu bahawa pengumuman itu (berpotensi) melanggar undang-undang pilihan raya," katanya.

Semalam, Mohamaddin mempertahankan keputusan mendapatkan peruntukan RM50,000 kepada SMK Bongawan II untuk menaik taraf padang sukan dan sebuah dewan.

Ini berlaku selepas Pegawai Daerah Papar, Ghulam Rasul Hapil secara terbuka memohon peruntukan untuk memperbaiki atau menaik taraf SMK Bongawan II, di mana Jelajah Cuti-cuti Malaysia diadakan di antara 10 Jan dan 12 Jan.

"Sebentar tadi tuan DO minta saya lihat kalau boleh sekadar beri peruntukan kepada sekolah ni. Saya memohon pengetua tulis surat kepada saya dan dengan tu terlebih dahulu saya luluskan dan tinggal kelulusan RM50,000 untuk Sekolah Bangawan II ini.

"Inilah kebaikannya kalau kita ada kuasa, kita memerintah, apa yang diminta kita boleh terus luluskan dan tidak payah lagi saya garu kepala. Oleh kerana kita ni pemimpin di dalam kerajaan, ada duit, apa rakyat minta kita bagikan," katanya.

Dia juga menuduh pembangkang melakukan perkara yang sama pada masa lalu, tetapi kini mengadu tentangnya.

"Jika ia menjadi satu kesalahan, mengapa Umno memberikan projek dan wang kepada rakyat semasa pilihan raya?"

"Maksud saya apa ni, mereka boleh buat, kita tak boleh buat?" katanya.

Menurutnya, jadual jelajah Cuti-Cuti Malaysia telah ditetapkan sebelum tarikh pengundian Kimanis diumumkan.

Tiada isu dalam memberi peruntukan kepada sekolah tersebut kerana pelajar bukan pengundi dalam PRK Kimanis, jelasnya.

Mohamaddin juga berkata beliau tidak faham mengapa niatnya untuk membantu orang ramai dianggap suatu kesalahan.

"Tujuan kita ni ikhlas, tapi apabila disalahertikan merugikan rakyat," jelasnya lagi.

-Malaysiakini-

Berita Berkatian

Kutuk keganasan di KKIA, Pemuda MCA seru jangan berpecah kerana PRK

Bukti rakyat muak dengan PH, Warisan: Ka Siong

Mohamaddin nak jadi Menteri Pendidikan?