Tren Diesel Multiple Unit (DMU) yang menggantikan lokomotif dan koc penumpang mampu merancakkan sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di kawasan Pantai Timur.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tren berkenaan disediakan untuk kemudahan rakyat khususnya di Kelantan dan Pahang.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM380 juta bagi pembelian 13 unit tren bagi laluan dari Tumpat, Kelantan ke Gemas, Negeri Sembilan tidak termasuk kos membaiki laluan yang rosak akibat banjir besar pada 2014.

"Projek berkenaan sudah siap 80 peratus dan Kementerian Pengangkutan akan memantau bagi mempercepatkan pembinaan baki 20 peratus secepat mungkin.

"Larian komersial tren DMU ini akan dijalankan secara berperingkat dan larian pertama tren bermula hari ini bagi laluan Tumpat ke Gua Musang dengan jarak 216 kilometer (km) serta Gua Musang ke Kuala Lipis berjarak 94 km.