Kenyataan MCA berhubung "Himpunan Penyatuan Ummah".

【1】
MCA tiada halangan dan sentiasa menghormati kerjasama mana-mana parti politik dalam blok pembangkang selagi ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan menegakkan nilai-nilai kepelbagaian serta kesederhanaan.

【2】
Kerjasama politik dalam parti pembangkang terutamanya melibatkan UMNO dan PAS sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

MCA menegaskan bahawa mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional yang ingin bekerjasama dengan parti-parti lain diluar komponen perlulah menghormati prinsip konsensus, nilai kepelbagaian dan Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, sebelum upacara rasmi menandatangani piagam dan memorandum persefahaman, UMNO telah mengadakan perbincangan bersama-sama pemimpin MCA dan MIC. UMNO juga bersetuju bahawa "Himpunan Penyatuan Ummah" ini menjangkaui semua kaum dan kesemua pimpinan mencapai persetujuan ia tidak melanggar semangat kesederhanaan sebagaimana yang dipromosikan Barisan Nasional.

【3】
Seperti kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, UMNO dan PAS menganjurkan "Himpunan Penyatuan Ummah" dengan identiti tersendiri dalam gabungan berbeza.

MCA turut dijemput untuk menyaksikan upacara menandatangani piagam kerjasama ini dan kami akan menghantar wakil untuk majlis tersebut. Ini adalah untuk menunjukkan semangat solidariti Barisan Nasional serta memastikan perhimpunan ini akan mematuhi nilai-nilai kepelbagaian dan kesederhanaan.

-MCA online-