14 Januari 2019

Kenyataan Akhbar Naib Presiden MCA Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker

DAP harus memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka terhadap tok batin

Adakah DAP menipu apabila LIM KIT SIANG mendakwa pemimpin DAP , Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, ahli Parlimen Bentong Wong Tack, Senator Sabah Adrian Lasimbang dan ADUN Ketari Syefura Othman mengesahkan bahawa Senator Bob Manolan tidak mengugut tok batin Orang Asli?

Malah, Kit Siang juga menyatakan bahawa jika Bob Manolan membuat sebegitu, ia adalah satu kesalahan pilihan raya.

Sekarang sudah terbukti ugutan tersebut benar-benar berlaku, dan Naib Presiden PKR Tian Chua juga telah memohon maaf bagi pihak partinya kepada masyarakat Orang Asli. Soalannya sekarang adakah DAP, terutamanya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin yang dinamakannya – Tengku Zulpuri, Wong Tack, Adrian Lasimbang dan Syefura Othman - juga akan memohon maaf? 

Adakah Kit Siang atau DAP menipu apabila mendakwa pemimpin-pemimpin DAP  tersebut mengesahkan bahawa tiada “ugutan” dibuat?

Jka ya, maka pemimpin Pakatan Harapan harus memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga kepada portal media Malaysiakini kerana mempersoalkan integriti media baharu tersebut.

Walaupun PKR telah memohon maaf atas ugutan Bob Manolan, akan tetapi calon Pakatan Harapan M.Manogaran masih sombong dan angkuh apabila meremehkan ugutan Bob Manolan terhadap tok batin.

Oleh itu, MCA menggesa Kit Siang supaya memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli dan juga menggesa M.Manogaran menarik balik kenyataan beliau yang menghinakan Orang Asli dengan mengatakan “Orang Melayu pun tidak mahu membeli kuih buatan orang Asli”. Beliau juga mengatakan ugutan Bob Manolan terhadap Tok Batin adalah perkara kecil “No Big Deal”.

-MCA online-