2 Jun 2023

Kenyataan Media Setiausaha Agung MCA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan MCA, Datuk Chong Sin Woon

Pemilihan MCA: Penamaan calon peringkat bahagian berjalan lancar, hari mengundi akan diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan peringkat Bahagian pada 10 dan 11 Jun

Sukacita dimaklumkan bahawa proses penamaan calon bagi pemilihan MCA di peringkat Bahagian yang bermula pada 1 Jun 2023 telah selesai dengan sempurna di semua 188 Bahagian MCA, 131 Bahagian Pemuda MCA dan 167 Bahagian Wanita MCA seluruh negara.

Ibu Pejabat MCA juga melaporkan bahawa berdasarkan laporan yang diterima oleh Jawatankuasa Pemandu Pemilihan MCA di peringkat Negeri, sebanyak 36 Bahagian MCA (19.1 peratus), 9 Bahagian Pemuda MCA (6.9 peratus) dan 7 Bahagian Wanita MCA (4.2 peratus) telah menyerahkan lebih daripada satu nama calon, manakala calon di Bahagian yang selebihnya telah menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada keputusan ini, pemilihan peringkat Bahagian bakal diadakan di kesemua negeri, kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu, di mana kesemua calon mereka telah menang tanpa bertanding. Di semua negeri yang lain, pemilihan akan diadakan, iaitu Perak (3), Selangor (2), Pahang (3), Johor (8), Kedah (5), Negeri Sembilan (4), Pulau Pinang (2), Perlis (1), Sabah (1) dan Wilayah Persekutuan (3).

-MCA online-