
Berikutan kejayaan daripada Jaringan Perdagangan dan Politik Malaysia-Jepun pada tahun lepas, tahun ini pula Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan PKS MCA bersama dengan Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Selangor akan mengadakan Jaringan Perdagangan dan Politik Malaysia-Indonesia selama 7 hari 6 malam, dari 19 – 25 April 2026.
Sepanjang lawatan ini, delegasi akan mengadakan kunjungan hormat ke beberapa kementerian, agensi kerajaan dan badan perniagaan di Indonesia dengan tujuan meluaskan kerjasama serantau serta peluang pembangunan, seperti Kementerian Koordinator Pemberdayaan Masyarakat (Pemberdayaan), Kementerian Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (KP2MI) dan Kementerian Perindustrian Indonesia (Kemenperin), Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia serta pejabat MATRADE di Indonesia. Selain itu, delegasi akan turut melawat Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN), Perkumpulan Pengusaha Indonesia Tionghua (PERPIT), Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) serta perusahaan-perusahaan tempatan yang terkenal, untuk menjalankan padanan perniagaan serta memudahkan kerjasama dalam beberapa projek demi mewujudkan manfaat bersama antara perusahaan kedua-dua negara.
Delegasi juga berpeluang merasai sendiri kemajuan infrastruktur pengangkutan Indonesia melalui pengalaman menaiki Kereta Cepat Jakarta Bandung (KCJB), selain melawat sebuah kilang tekstil untuk memahami dengan lebih mendalam proses pembuatan dan modal perniagaan sebagai rujukan untuk pembangunan perniagaan dan kerjasama industri pada masa depan.
Indonesia merupakan antara ekonomi utama di rantau Asia Tenggara dengan jumlah penduduk kira-kira 300 juta, pasaran yang luas dan potensi pertumbuhan yang sangat besar. Jakarta sebagai ibu negara Indonesia adalah hab komersial negaranya, memiliki infrastruktur yang maju, pasaran pengguna yang besar serta persekitaraan pelaburan yang dinamik, secara langsung menempatkan Jakarta di kedudukan yang penting dalam pembangunan ekonomi serantau.
Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan PKS MCA kekal komited membina platform jaringan di antara perusahaan tempatan, untuk menggalakkan penerokaan pasaran antarabangsa, meluaskan perspektif global, dan menembusi pasaran antarabangsa, serta membuka ruang pertumbuhan baharu. Melangkah ke hadapan, Jawatankuasa ini akan terus berperanan sebagai jambatan penghubung dalam menggalakkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia di bawah inisiatif “keluar ke luar negara”, dan memperkukuhkan hubungan perdagangan, pelaburan dan prospek pembangunan pada masa hadapan.
Lawatan ini menghimpunkan lebih 30 orang peserta di kalangan ahli politik dan perniagaan, termasuk 21 wakil daripada MCA serta 12 orang usahawan. Di antara mereka, terdapat dua syarikat yang telah mengembangkan operasinya di Indonesia, merangkumi perniagaan dalam bidang logistik, penjagaan kesihatan, pembangunan pakar kemahiran, pembuatan, perladangan, dan projek kejuruteraan industri. Antara wakil yang menyertai delegasi ini termasuk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan PKS MCA, YB Dato’ Wong Tat Chee; Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Selangor, Dato’ Lee Ban Seng; Setiausaha Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan PKS MCA, Lee Kah Hing; Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong; Senator Dato’ Ng Keng Heng; dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Dato’ Leaw Kok Chan.
14 April 2026