15 Oktober 2019

Kenyataan Media Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa MCA merangkap wakil Jawatankuasa Pemantau Sistem Transit Laju (RTS) Dr Tee Chin Seng

--------------------------------------------------

Kebetulan ke pengumuman RTS ditangguhkan sehingga sehari sebelum penamaan calon PRK Tanjung Piai?

Jawatankuasa Pemantau Sistem Transit Laju (RTS) MCA mempersoalkan kegagalan Menteri Pengangkutan Anthony Loke hingga hari ini, untuk menjelaskan sebab di sebalik penangguhan sebulan lagi projek Sistem Transit Laju (RTS) Johor-Singapura dan ingin bertanya, apakah penangguhan ini dibuat beliau kerana pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai?

Sehari sebelum tarikh akhir untuk RTS dimulakan pada 30 September lepas, kedua-dua kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Singapura telah mengumumkan penangguhan projek tersebut selama sebulan, namun Menteri Pengangkutan tidak menjelaskan sebabnya. Tetapi pada 11 October, selepas Belanjawan 2020 diumumkan, Anthony Loke tiba-tiba pula mengatakan pelan pelaksanaan RTS akan dikemukakan untuk penentuan di Kabinet dalam dua minggu, sebelum diumumkan.

Kebetulan pula penamaan calon hanya akan diadakan selepas tamat tempoh dua minggu tersebut, rupanya semua ini memang berada dalam perkiraan Anthony Loke. Yang tidak dapat dibuat sehingga tertangguh 17 bulan, dan yang tidak dapat dibuat sehingga tarikh akhir, tiba-tiba boleh dibuat pula selepas pengumuman Belanjawan dan sebelum PRK, seolah-olah dirancang, dengan kebajikan rakyat dijadikan alat politik, semata-mata bermatlamatkan undi, bukannya rakyat.

Tindakan PH menghulurkan gula-gula bukan lagi perkara baharu. Yang paling kelasik ialah lawak ‘tol percuma pada tengah malam’ dalam janji mereka menghapuskan kutipan tol di empat batang lebuh raya, serta melencongkan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Negeri Sembilan sebelum masuk semula ke Selangor ketika PRK Rantau. Tetapi pengalaman mengajar kita,  menyusul selepas janji-janji PRK ini adalah penantian yang berpanjangan.

PH sentiasa mengingkari manifesto, menabur janji kemudian membuat pusingan U secara silih berganti. Rakyat sudah terlalu kecewa dan bosan dengan mereka. Kalau betul Anthony Loke mahu mengambil hati rakyat, tidak perlulah bersusah payah mengira hari, sebaliknya mendengar isi hati rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dengan penuh ikhlas.

Hentikanlah permainan politik memperbodohkan rakyat dan tidak perlu mengira hari, Anthony Loke. Jangan hanya mengumumkan rancangan, tetapi mulakan projek RTS ini dengan segera!

-MCA online-