MCA memastikan TAR UC bebas dari pengaruh politik
Kebebasan suara disekat akibat standard meragukan oleh pihak berkuasa  

DAP perlu jelaskan pendirian mengenai PPBM ambil masuk ahli Parlimen UMNO

Pada Sabtu    15-12-2018 16:28:00

15 Disember 2018

DAP perlu jelaskan pendirian mengenai PPBM mengambil masuk ahli Parlimen UMNO

Pemimpin DAP Lim Kit Siang, gagal menyatakan pendirian DAP dengan jelas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa PPBM mengambil masuk Ahli Parlimen UMNO. Jikalau DAP tidak bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir, maka DAP haruslah menarik diri daripada Pakatan Harapanm

Sayap Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) juga gagal menyuarakan bantahan mereka kepada pemimpin-pemimpin dalam parti DAP sepertimana yang sering dibuat oleh DAPSY sebelum PRU 14.

Oleh demikian, saya menyerukan bahawa DAPSY harus berani untuk menyatakan pendirian mereka dengan jelas dan jangan selalu membuat pusingan U.

Ini bukanlah kali pertama Lim Kit Siang gagal menunaikan janji. Semasa PRU 13, DAP bekerjasama dengan PAS. DAP dengan secara tidak langsung menyokong agenda-agenda PAS untuk menubuhlan sebuah negara teokratik. Tetapi pada masa yang sama, Lim Kit Siang membantah pelaksanaan hukum hudud.

Akan tetapi, akhirnya muka sebenar Lim Kit Siang didedahkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang. Sekarang, sejarah mengulangi sekali lagi dalam isu 'lompat' Ahli Parlimen UMNO menyertai PPBM. Jika DAP tidak bersetujui dengan agenda tersebut, makan DAP haruslah menarik diri daripada Pakatan Harapan demi membuktikan keikhlasan DAP kepada rakyat.

DAP juga harus memohon maaf kepada rakyat jelata dan berhenti mempertahankan PPBM, kerana rakyat sedang meneliti setiap langkah DAP.

Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP lain yang sebelum ini lantang bersuara, sekarang mendiamkam diri. Inilah perangai DAP yang sebenar. Iaitu hanya pemimpin peringkat kedua atau ketiga yang membantah, manakala yang lain akan membisu dan mengelak tanggungjawab supaya tidak bercanggah dengan kehendak Perdana Menteri.

Oleh itu, kami berharap DAPSY akan membangkitkan semula cadangan Akta Anti Lompat Parti yang pernah dijanji sebelum ini dan terus mempertahankan nilai demokrasi melalui kedudukan mereka sebagai sebahagian kerajaan, dan bukannya selalu mengelak daripada isu semasa.

Saya juga berharap rakyat akan sedar bahawa Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti mereka adalah seakan katak yang suka akan melompat ke parti lain. Sikap ini tidak sihat dan juga melanggar prinsip demokrasi.

Ketua Pemuda MCA Nicole Wong

-MCA online-

Berita Berkatian

MCA sudah lama bersabar dengan Umno

Semua parti BN berhak suarakan nasib gabungan, Wee beritahu Zahid

Gabung dengan Pas, Zahid khianat semangat BN - Wee Ka Siong

Jangan jadi ayam sabung di gelanggang sendiri

Pemimipin BN haruslah berhemahkata, Bukannya dijadikan ayam sabung