Apakah terjadi kepada nasib pekerja di bawah Pakatan?
Undi 18 tahun: Peruntukan, perjawatan SPR perlu ditambah  

Tidak wajar pegawai kerajaan berkempen waktu bekerja

Pada Khamis    16-05-2019 15:10:00

16 Mei 2019

Kenyataan Media Timbalan Ketua Pemuda MCA Tan Chee Hiong

Tidak wajar pegawai kerajaan berkempen waktu bekerja 

Permintaan Perdana Menteri supaya SPR mengkaji semula larangannya menghalang menteri dan timbalan menteri  berkempen semasa waktu pejabat tidak boleh diterima, kerana berkempen pada waktu kerja menyalahi prinsip kesaksamaan berpilihan raya.

Jika SPR tunduk kepada permintaan Tun Dr Mahathir, maka menteri-menteri serta timbalan menteri PH bakal berkempen secara terang-terangan dan menyalahgunakan kuasa mereka untuk meraih sokongan pengundi.

Cadangan Tun Dr Mahathir tersebut tidak patut dilayan SPR demi memastikan proses pilihan raya yang bersih dan telus dapat berjalan dengan baik. Larangan terhadap para menteri dan timbalan menteri oleh SPR itu sememangnya munasabah, kerana sewaktu bekerja mereka berkapasiti sebagai pemimpin negara, yang berkhidmat untuk semua.

Ketika ini pun, walaupun dilarang peraturan pilihan raya, menteri-menteri dan timbalan menteri banyak melakukan lawatan secara terang-terangan dan mengambil kesempatan untuk mengumumkan peruntukan dan projek besar-besaran bagi memancing undi.

Setakat ini, sebanyak lapan pilihan raya kecil (PRK) diadakan. Setiap kali berlangsungnya PRK, pasti terdapat aduan terhadap menteri-menteri PH yang dikatakan telah menyalahgunakan kuasa dan jawatan mereka. Ini termasuklah pengumuman projek besar atau peruntukan bagi kawasan-kawasan yang berkenaan. Namun, SPR sehingga sekarang masih tidak mengambil tindakan terhadap mereka. Maka, cadangan Perdana Menteri supaya membenarkan menteri-menteri berkempen semasa waktu pejabat bakal mengganggu proses demokrasi dan menyalahi prinsip kesaksamaan berpilihan raya.

-MCA online-

Berita Berkatian

Undi 18 tahun: Peruntukan, perjawatan SPR perlu ditambah

Apa terjadi janji “pembaharuan institusi” PH?

Jawatankuasa integriti kerajaan ‘buang masa, duit’, kata MCA

Siasat individu wujud FB "Thaipusam Spraying Group" - Wanita MCA

SPR diminta pertimbang kekal sempadan Gelang Patah