Walau cukup majoriti, MCA tetap tidak sokong Anwar - SU Agung
AGM peringkat Bahagian MCA akan diadakan dalam bulan November; AGM Negeri MCA diadakan serentak pada 5 Disember   

Semua pihak wajar patuh titah YDP Agong, dahulukan melawan COVID-19 dan pulihkan ekonomi

Pada Jumaat    16-10-2020 17:29:00

16 Oktober 2020

Kenyataan media MCA

Semua pihak wajar patuh titah YDP Agong, dahulukan melawan COVID-19 dan pulihkan ekonomi

MCA menyeru semua pihak supaya mendengar dan mematuhi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memerangi pandemik COVID-19 bagi melindungi kesihatan dan keselamatan orang ramai, serta berhenti daripada mengheret negara ke dalam krisis politik yang memporak-perandakan negara.

Semenjak bermulanya gelombang ketiga pandemik COVID-19, ekonomi negara menghadapi cabaran yang besar dan hidup rakyat semakin susah. Sehubungan itu,  kerajaan dan parti-parti politik sepatutnya bersama-bersama menggembleng usaha serta tenaga dalam menangani pandemik COVID-19 seterusnya memacu ekonomi demi manfaat rakyat dan negara.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi semua parti politik serta para pemimpin mengelakkan kecelaruan serta ketidakstabilan politik daripada berlaku sekali lagi, yang sudah tentu akan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara dan menyukarkan usaha melawan penularan pandemik COVID-19.

MCA mengulangi pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambil membantu kerajaan dengan sepenuh tenaga memerangi pandemik COVID-19 serta bersama-sama memulihkan semula ekonomi demi kepentingan rakyat dan negara.

Datuk Chong Sin Woon
Setiausaha Agung MCA

-MCA online-

Berita Berkatian

Kenderaan bawa barangan dibenarkan beroperasi di kawasan PKPB – MOT

MAHB unjur shopMYairports sumbang RM280j jualan

COVID-19: KPPK berbincang dengan syarikat komoditi untuk sedia peluang pekerjaan

Kerajaan bantu individu tidak dapat keluar, masuk Sarawak

169,728 penerbangan dibatalkan akibat Covid-19