DAP perlu jelaskan pendirian mengenai PPBM ambil masuk ahli Parlimen UMNO
MCA hulur bantuan kepada masyarakat orang asli  

Jangan biarkan Adib mati katak

Pada Selasa    18-12-2018 14:11:00

18 Disember 2018

Kenyataan akhbar Jurucakap MCA Chong Yew Chuan
------------------------------------------------------------------------------------------

Usah biar tragedi Adib berulang

MCA mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang meninggal dunia malam tadi. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

Kami menaruh kepercayaan kepada kemampuan pihak Jabatan Peguam Negara serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyempurnakan siasatan terhadap kes ini serta membawa pelaku-pelakunya ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.

Tindakan mencederakan sehingga membawa kematian terhadap anggota beruniform yang sedang menjalankan tugas memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian amat mendukacitakan dan tidak boleh dibiarkan berulang.

Selain keadilan untuk Muhammad Adib, MCA juga berharap JBPM dapat mengambil langkah-langkah tambahan yang perlu untuk melindungi anggotanya daripada serangan seperti yang dialami anggota bomba terbabit.

Jangan biarkan Muhammad Adib meninggal dunia dengan sia-sia.

-MCA online-

Berita Berkatian

Apa DAP lakukan untuk keadilan Adib - Lian Ker

Wanita MCA: Jangan sia-siakan pengorbanan Adib

Perginya seorang wira