Tambahan pula, ia sarat dengan mesej antikerajaan sekali gus mengajak generasi yang baharu ‘mengenal dunia’ menolak dasar kerajaan tanpa diberi fakta yang menyeluruh.

Ujar Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, perbuatan Lim Guan Eng sudah melampaui batas apabila sanggup menari seperti badut.

“Kanak-kanak pula diajar untuk menyanyi lagu anti-GST dalam satu pelancaran program kanak-kanak anjuran kerajaan negeri.

“Tindakan itu sekali gus menunjukkan DAP tidak mengenali batasan dalam politik tosik mereka sehingga kanak-kanak turut diperalatkan serta diracuni minda mereka,” katanya.

Tambah Lian Ker lagi, cara itu juga sebenarnya secara tidak langsung boleh membakar emosi kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor pernah dikritik oleh DAP hanya kerana menghadiri program yang membawa tema patriotik dan tajuk peranan UMNO dalam pencapaian kemerdekaan.

“Namun begitu tindakan Guan Eng adalah jauh lebih teruk dan haruslah dikutuk kerana meracuni minda kanak-kanak,” ujar Lian Ker dalam satu kenyataan.

Bagi menamatkan permasalahn tersebut, MCA menyarankan agar DAP serta Guan Eng untuk tidak meneruskan dengan tindakan mereka yang serba lalai dan langsung tidak mempedulikan tentang pembangunan negara.

“Tindakan itu seharusnya dikeji kerana bersifat tidak sehaluan dengan semangat mendidik kanak-kanak untuk berfikir secara kritikal dan rasional setelah diberi fakta atau hujah tentang sesuatu dasar atau keputusan,” katanya.

– UTUSAN ONLINE