19 September 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong

Penganugerahan Gelaran Sebagai “Raja Menolak Tanggungjawab” kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng dalam isu Banjir Pulau Pinang, sikap “menolak tanggungjawab” semakin hari semakin hebat.

Ini boleh dilihat melalui beberapa “Bahasa Klasik”, supaya rakyat Pulau Pinang benar-benar lihat dengan jelas muka sebenarnya:

  1. Banjir yang berlaku baru-baru ini sangat serius dan mendatangkan kerugian yang teruk, tambahan lagi nyawa terkorban dalam tragedy banjir, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng dengan tidak rasional mengatakan bahawa penunggang motorsikal perempuan berkenaan terjatuh dalam longkang dan dibawa oleh arus air yang deras, oleh itu mangsa berkenaan mati akibat kemalangan, dan bukan banjir. Pertanyaan, adakah justifikasi ditubuhkan?

  2. Banyak tempat berlaku tanah runtuh yang serius, tetapi Lim Guan Eng berkata “Sekiranya ia tidak mengakibatkan kesesakan jalanraya, ia tidak boleh dikategorikan sebagai tanah runtuh”, kenyataan demikian membangkitkan emosi kemarahan oleh orang awam.

  3. Beliau menuding jari kepada pihak media yang memburuk-burukan imejnya, mewar-warkan banjir di Pulau Pinang dengan sengaja, tetapi tidak melaporkan keadaan negeri Kedah yang juga berlaku banjir. Macam inilah Lim Guan Eng mahu bertanding siapa yang lagi “teruk” keadaannya.

  4. Dalam Negeri Pulau Pinang, lebih kurang 100 tempat berlaku banjir yang serius, tetapi Lim Guan Eng berkata “Selepas berlakunya banjir di Pulau Pinang, air akan surut dalam masa satu hari, tidak seperti di negeri Kelantan, air memakan masa selama 5 hingga 6 hari baru surut, ini membuktikan bahawa sistem saliran air dalam negeri sangat berkesan”

  5. Lim Guan Eng sekali lagi mengkritik pihak media, melaporkan berita-berita yang memeranjatkan serta mengatakan pihak media mempergunakan berita seumpama ini untuk tujuan melariskan jualan surat akhbar.

  6. Kenyataan yang seperti dulu “Banjir tidak akan berlaku sekiranya tiada hujan”, kali ini Lim Guan Eng berkata “Hujan yang patut turun dalam sebulan berlaku dalam sehari”.

Masalah besar yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP adalah mereka pernah dengan suara besar mengatakan bahawa selepas diperintah oleh DAP, masalah banjir yang berlaku selama 40 tahun ini dapat diselesaikan dalam masa 9 bulan, tetapi memandangkan situasi semasa, banjir yang berlaku ini lebih serius berbanding dengan 40 tahun dahulu. Semasa 9 tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih berkata projek kawalan air masih dalam prosesk tender dan kerja-kerja masih belum dijalankan. Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM 150 juta untuk projek tersebut, kerajaan negeri pula memperuntukkan sebanyak RM 220 juta, tetapi sehingga hari ini masih dalam proses tender. MPSP pula tidak menyerahkan wang sebanyak RM 22.09 juta sebagai caruman saliran kepada PBA, malah jelas dilihat Kerajaan Negeri dalam masalah banjir ini tidak menunjukkan keikhlasan untuk menyelesaikannya.

Lim Guan Eng pernah berkata hanya memberi satu penggal kepada pembangkang untuk memerintah Pahang, masalah banjir di Pahang boleh diselesaikan, malah memandangkan keadaan banjir yang serius di Pulau Pinang, adakah Lim Guan Eng mengaku Kerajaan Negeri Pulau Pinang lebih korup? Ataupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mampu mengendalikan masalah sedemikian?

EXCO Kerajaan Negeri En. Lim Hock Seng lagi teruk, menolak masalah banjir ini kepada rakyat Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa rakyat membuang sampah ke dalam longkang, dan keadaan sedemikian memangkinkan berlakunya banjir.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepatutnya memohon maaf dengan rakyat apabila berlakunya banjir dan tanah runtuh, malah bukan menuding jari kepada Tuhan, memfitnah akhbar dan pihak media yang sengaja memperbesarkan masalah banjir di Pulau Pinang ataupun menyalahkan rakyat membuang sampah ke dalam sungai ataupun longkang.

Projek terowong dasar laut masih belum dikeluarkan, tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kadar yang cepat membayar hutang sebanyak RM 305 juta, tetapi projek kawalan air yang sudah banyak tahun hanya melaksanakan kerja-kerja mereka dengan nilai RM 100 juta. Kepentingan rakyat tergadai dan dikorbankan, adakah perkara ini boleh memujuk kepada rakyat?

Banjir yang berlaku kebelakangan ini adalah merupakan tanah lumpur kuning, ini dapat dilihat penerokaan yang melampau merupakan punca utama berlakunya banjir, kerajaan negeri tidak patut memanjakan pemaju, sehinggakan pemaju tidak menghirau malapetaka yang dilakukan oleh manusia dan hanya menuduh kepada Tuhan yang menurunkan hujan.

Rumah rakyat telah dimusnahkan, kereta pula dibanjiri akibat tanah runtuh, sehinggakan orang tua dari rumah wargamas direndam dalam air, kerajaan negeri asyik nak menolak segala tanggungjawab, rakyat berasa marah. Kerajaan Negeri seharusnya perlu memangkinkan projek kawalan air, supaya rakyat tidak terjerumus dalam kejadian ini.

Dr Tan Chuan Hong
Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang
Ketua MCA Bahagian Bagan

-MCA online-