19 September 2019

Kenyataan Media Naib Presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng

Dakwaan lulus projek RM450 juta - Guan Eng wajar jelaskan jika surat berkenaan benar atau tidak

Menurut laporan media, kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sedar bahawa Kementerian Kewangan telah didakwa meluluskan pemberian kontrak bernilai RM450 juta melalui rundingan terus.

Malah, menurut laporan dari media baru, Malaysia Gazette, Tun Dr Mahathir telah memberi surat kelulusan tersebut dan mengarahkan Menteri Kewangan bahawa “projek tersebut telah diberikan kepada PDM Builders Sdn Bhd, dan jika mereka dapt kurangkan kos, tender baru tidak perlu”.

Oleh itu, Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng wajar menjelaskan sekiranya surat yang tular itu adalah betul adalah tidak. Jika ya, maka kedua-dua mereka telah menipu rakyat. Jika tidak, mereka harus melaporkan isu ini kepada polis dengan segera kerana terdapat pemalsuan nama dan tandatangan Perdana Menteri.

Apa sekali pun, jawapan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mendedahkan kelemahan dari segi ketelusan dan integriti, ketidakcepakan prosedur dalam pelulusan projek, kekurangan maklumat, kos tinggi yang bakal dikenakan, dan tiada sikap kebertanggungjawaban kepada rakyat. 

Menurut kata Guan Eng sendiri, rundingan projek tersebut tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP). Oleh itu, ia harus disiasat SPRM untuk memastikan kebenaran ditegakkan.

Sebelum ini, kerajaan PH berjanji bahawa semua kontrak kerajaan akan diberi melalui tender terbuka. Namun, pemberian kontrak bernilai RM450 juta telah melanggar janji tersebut, dan lebih mengecewakan lagi, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan enggan bertanggungjawab dan masih mendakwa tidak tahu akan isu tersebut.

-MCA online-