Perginya seorang wira
MCA masih pakar hal ehwal Cina  

Wanita MCA: Jangan sia-siakan pengorbanan Adib

Pada Rabu    19-12-2018 09:00:00

19 Disember 2018

Wanita MCA: Jangan sia-siakan pengorbanan Adib

Wanita MCA amat sedih mendengar pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim semalam, dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan tunang beliau.

Pengorbanan beliau tidak akan dilupakan dan jasanya akan terus dikenang serta dihargai oleh semua rakyat Malaysia.

Sesungguhnya , kami amat kecewa isu perbalahan kuil Hindu di Seafield telah diperbesarkan sehingga menyebabkan kematian seorang wira negara yang tidak berdosa yang hanya menjalankan amanahnya.

Susulan ini, Wanita MCA juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak bertindak melulu dan berfikiran rasional. Janganlah memperbesarkan tragedi ini dengan menyebarkan berita-berita palsu atau mesej-mesej bertujuan menghasut kebencian dan kemarahan. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia menghormati pengorbanan Muhammad Adib dengan mempertahankan keharmonian dan perpaduan negara. 

Wanita MCA juga menggesa pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan segera yang sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab atas tragedi ini.  Kesemua dalang ini harus dihadap ke muka  pengadilan dengan secepat mungkin untuk mengelak tragedi ini berpanjangan kerana dikuartiri ia memberi peluang untuk pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan demi agenda peribadi mereka.

Akhir sekali, Wanita MCA juga mengecam mana-mana pihak yang memperlkehkan tugas dan tanggungjawab seseorang anggota badan penyelamat atau ahli bomba , ataupun mengancam mereka semasa menjalankan tugas. 

Datuk Heng Seai Kie
Ketua Wanita MCA

-MCA online-

Berita Berkatian

Apa DAP lakukan untuk keadilan Adib - Lian Ker

Perginya seorang wira

Jangan biarkan Adib mati katak