Kenyataan Media Ketua Pemuda MCA Nicole Wong (20 Mac 2019)

Rakyat bukan tak faham, tetapi dah serik dengan projek kereta nasional

Kenyataan Perdana Menteri menempelak pengkritik projek kereta nasional tidak tahu mengenai kejuruteraan automotif perlu diperbetulkan. Rakyat sebenarnya bukan tidak memahami industri automotif, sebaliknya terlalu memahaminya, barulah menolak projek kereta nasional ketiga. Malaysia tidak perlu bergantung kepada projek kereta nasional untuk menjadi sebuah negara maju, tetapi sebaliknya menekankan pewujudan persekitaraan perniagaan yang kompetitif dan saksama.

Akibat pengalaman teruk daripada pengalaman Proton, perasaan takut rakyat terhadap projek kereta nasional baharu tidak sukar difahami. 

Walaupun kerajaan pernah membelanjakan wang yang banyak untuk menubuhkan Proton, tetapi ia tidak memanfaatkan rakyat. Dasar kerajaan yang dilaksanakan untuk melindungi Proton telah menyebabkan harga kereta import menaik secara mendadak, dan ini secara langsung memaksa rakyat membeli kereta buatan tempatan, tetapi kualitinya selama ini tidak dapat ditingkatkan setanding dengan luar negara, menimbulkan banyak kritikan. 

Lebih-lebih lagi, Proton tetap mencatat kerugian walaupun dalam keadaan dilindungi, memaksa kerajaan melaksanakan pelbagai rancangan menyelamat. Semua ini adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan rakyat.  Hanya pada tahun 2017, apabila kerajaan menjual 49.9 peratus pegangan dalam Proton kepada syarikat China Geely Automobile Holdings, barulah kerajaan dapat menghentikan ketirisan wang rakyat melalui projek kereta nasional.    

Mampukah Perdana Menteri dan Kabinetnya memberi penjelasan yang spesifik untuk meyakinkan rakyat dan memberi jaminan projek kereta nasional ketiga ini tidak akan mengulangi kesilapan Proton? Janganlah korbankan kepentingan rakyat semata-mata untuk memenuhi impian peribadi Tun Dr Mahathir.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengatakan bahawa pelaksanaan projek kereta nasional ketiga mampu membawakan kesan ekonomi bumiputera. Ini memberi gambaran bahawa projek tersebut akan menerima perlindungan kerajaan seperti dahulu. Bezanya, sebanyak RM1 juta akan dibelanjakan untuk pembuatan kereta terbang tempatan.

Kemakmuran sesebuah negara tidak harus dibina berdasarkan projek kereta nasional ketiga, tetapi kewujudan peluang persaingan yang adil, persekitaran yang bebas dan mesra perniagaan, dan penggunaan bakat negara melalui sistem meritokrasi, barulah kita dapat meningkatkan daya saing usahawan tempatan. Ia amat tidak saintifik dan logik untuk menumpukan semua sumber dan kekayaan negara ke dalam sebuah projek yang masa depannya masih belum dapat ditentukan.    

-MCA online-