Kenyataan Media Naib Presiden MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker (20 Mac 2019)

MCA masih relevan dan berpengaruh sebagai pakar hal-ehwal masyarakat Cina

Nampaknya DAP sangat iri hati dan masih takut terhadap MCA kerana kita masih memiliki organisasi akar umbi yang kuat, 2 institut pendidikan tinggi dan pelbagai platform jangkauan masyarakat. Inilah punca DAP takut dan tidak berani melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan kerana mereka sedar bahawa akar umbi MCA akan mengalahkan DAP dalam undi ketiga, kerana MCA jelasnya lebih berorientasikan perkhidmatan, tidak radikal dan lebih senang diterima oleh majoriti masyarakat Melayu yang tidak berpihak ke mana-mana parti politik.

Sejak pilihan raya umum yang lepas, MCA telah memulakan proses mentransformasikan diri. Akan tetapi, usaha kami dilihat sebagai “tidak cukup seksi” jika dibandingkan dengan DAP yang kerap mengekesploitasi emosi majoriti kaum Cina. Ini kerana pemimpin-pemimpin MCA tidak bermain-main ataupun mengejek Kawan atau lawan , ataupun menggunakan bahasa kasar untuk membakar hati pengundi Cina seperti DAP.

Walaupun masih ramai pengundi Cina berpendapat bahawa MCA patut membebaskan diri dari belenggu persepsi negatif terhadap komponen BN, MCA tetap teguh bersama BN dengan syarat kita perlu kembali kepada perjuangan asal. Persepsi mereka mungkin kerana mereka tidak memahami nilai dan peranan signifikan yang dimainkan MCA dalam menggalakkan kesederhanaan, toleransi dan harmoni dalam persekitaraan politik negara yang kepelbagaian kaum selama ini.

MCA merupakan pengasas Parti Perikatan yang ditubuhkan pada tahun 1952. Apa yang bermula sebagai pakatan sementara di antara MCA dan UMNO untuk pilihan raya majlis perbandaran Kuala Lumpur telah mejadi pakatan tetap antara MCA, MIC dan UMNO yang telah memainkan peranan penting dalam kemerdekaan Malaya. Semasa ketegangan kaum selepas tragedi 13 Mei, MCA telah memainkan peranan meredakan konflik dan kesulitan politik masyarakat Cina dari segi pembangunan pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. MCA telah meneruskan peranannya untuk mewakili masyarakat Cina dan kaum-kaum lain semasa era dominasi politik ketuanan dan nasionalisme Melayu “ultra”.

DAP telah mengalahkan MCA dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina dengan menjanjikan sebuah “Malaysian Malaysia” yang bebas dari dasar-dasar berselaraskan kaum anjuran Umno . Eksploitasi emosi pengundi Cina telah membolehkan DAP mengaut sokongan hampir semua pengundi Cina dalam PRU14.

Adakah ini bermaksud bahawa kaum Cina telah meninggalkan politik perkauman dengan memilih DAP yang kononnya parti “multiracial” pada nama? Jawapannya “Tidak”. Sebaliknya, mereka telah menyokong DAP atas janji-janji berselaraskan kaum, contohnya penghapusan kuota Bumiputera dan pemansuhan dasar-dasar perkauman dan lain-lain lagi, yang kesemuanya dipersalahkan pada dominasi UMNO dan sikap kompromi MCA.

DAP telah mengabaikan tanggungjawab mereka kepada masyarakat Cina apabila mereka dengan cepatnya mengumumkan bahawa mereka “bukan Cina” sebaik sahaja menjadi kerajaan. Ini adalah atas kesedaran bahawa mereka tidak boleh menunaikan janji-janji kosong mereka yang rasis pada pengundi Cina. MCA menerima realiti perlembagaan dan juga bahawa kaum Cina dan minoriti lain juga ada keperluannya sendiri sebagai satu bangsa.

Peranan MCA bukan sahaja demi populariti politik atau undi pilihan raya. Kami mempunyai tanggungjawab untuk memimpin masyarakat Cina untuk mengambil bahagian dalam agenda nasional, terutamanya dalam menggalakkan keharmonian bangsa demi mengukuhkan integrasi dan perpaduan negara melalui assimilasi dan akomodasi.

MCA memikul beban kebencian masyarakat Cina apabila bertolak-ansur dan berkompromi dengan rakan-rakan kami khususnya Umno di BN. Ini telah memastikan kesejahteraan nasional melalui pemupukan toleransi kaum kearah keharmonian dan perpaduan. Malah, veteran-veteran MCA selalu mengingatkan kami untuk menyediakan asas yang kukuh dan memimpin kaum Cina untuk memeluk agenda yang lebih luas dalam pembinaan negara dalam konteks Malaysia, kerana negara kita lain dari dan bukannya Singapura, Taiwan ataupun China.  

Sama ada ia berkaitan pendidikan (KTAR pada masa itu) ataupun bantuan masyarakat (Biro Perkhidmatan), MCA selalu memberi pertimbangan serius terhadap masyarakat dan semua rakyat Malaysia. MCA tidak ada masa membuat jenaka atau lawak sebagai badut seperti pemimpin DAP untuk mengejek dan memprovokasi kebencian terhadap parti lain atau pemimpin. MCA tetap memperjuangkan integriti politik dan integrasi nasional dan bukannya eksploitasi politik perkauman sepertimana yang dibuat veteran DAP Lim Kit Siang, ataupun bermulut celupar seperti Superman Hew.

MCA memiliki satu nilai tradisi yang DAP tidak ada – iaitu semangat tolak-ansur kaum setelah bertahun-tahun bekerjasama dan memupuk perpaduan antara kaum sebagai pakar masyarakat Cina. Pengalaman kami dalam mentadbir negara membolehkan kami menyumbang secara positif dalam peranan baharu kami sebagai parti pembangkang. Bersama dengan ini, MCA juga memiliki kredibiliti dan akan terus berjuang ke arah membentuk sistem dua parti yang pernah dijanjikan DAP sebelum ini, tetapi dilupakan sebaik sahaja mereka membentuk kerajaan.  

DAP sedar bahawa mereka tidak senang diterima kaum Melayu kerana kenyataan dan tingkah laku mereka mencerminkan sikap “ultra-Cina” selama ini. Sikap kurangtanggungjawap mereka berjaya  sebagai parti pembangkang, tetapi bermasalah apabila mereka berperanan sebagai sebuah kerajaan. Sebelum ini, DAP telah mempermainkan sentimen perkauman sebagai alasan membantah dasar-dasar kami (sehingga hari ini) dan menyalahkan MCA. MCA pula akan membantah secara rasional dan berdasarkan fakta dan bukan membakar emosi perkauman.

MCA adalah satu politik pakar komuniti Cina yang berjuang secara ikhlas untuk memupuk persefahaman dan perpaduan semua.

MCA tidak akan sensasi emosi perkauman. Kami tidak palsu seperti isu kelayakan akademik palsu atau skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang boleh menjejaskan Pakatan Harapan. Rakyat boleh lihat dengan jelas sikap hipokrit dan tidak ikhlas mereka. Malah Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengkritik DAP secara profesional, dan bukannya seperti Lim Kit Siang yang selalu bermain kotor dengan membangkitkan sentimen perkauman.

MCA (dan MIC) telah memilih untuk kekal dalam Barisan Nasional untuk mengekalkannya sebagai perikatan berbilang kaum dan memberi kepimpinan baharu satu peluang untuk kembali kepada semangat asal BN, iaitu untuk menuju ke arah perpaduan dan kepelbagaian.

Sebuah perikatan seperti Barisan Nasional yang sudah lama wujud sudah tentunya mempunyai masalah di antara komponen-komponennya. Akan tetapi, kita bukan seperti DAP yang sering bertukar-tukar rakan kongsi. Ini kerana kita mendahulukan kepentingan rakyat. Kita tidak akan membiarkan BN menjadi sebuah perikatan politik yang berlandaskan satu kaum atau agama sahaja yang bakal berlaku jika dianggotai pakatan UMNO-PAS sahaja.

MCA ditubuhkan untuk merepresentasi hasrat dan sumbangan dari masyarakat Cina. Kita akan teruskan peranan ini tanpa mengira sama ada MCA disokong masyarakat Cina atau tidak. Oleh itu, MCA tidak sepatutnya berusaha untuk “menjadi lebih Cina” daripada DAP, tetapi akan memberi tumpuan kepada menyediakan kepimpinan dan tadbir urus yang baik melalui pengalaman kami dalam menguruskan isu-isu kepelbagaian. Inilah apa yang diperlukan negara pada masa sekarang.

-MCA online-