21 Januari 2020

Kenyataan akhbar oleh Jurucakap MCA, Chan Quin Er

Kerajaan perlu gubal undang-undang perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja gig

Saya baru sahaja menghadiri sidang akhbar yang diadakan oleh Pengerusi Biro Penyelarasan Pergerakan Masyarakat Awam, Ng Kian Nam di Menara Perkeso, Jalan Ampang. Kian Nam yang juga merupakan jurucakap Kempen Mempertahankan Hak Pemandu E-Hailing di Malaysia telah menghadiri mesyuarat pengantaraan yang diadakan oleh Jabatan Hubungan Industri diantara Grab dan pemandu e-hailing mengenai pengiktirafan pemandu e-hailing sebagai "pekerja" dan pemecatan secara salah.

MCA menyokong untuk memberi perlindungan kepada pekerja gig memandangkan trend hari ini mendedahkan pekerjaan sepenuh masa beralih ke arah pasaran buruh yang diminta.

Sehingga Oktober 2019, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengizinkan 42 syarikat e-hailing untuk beroperasi di Malaysia. Dengan perkhidmatan basikal baru atau perkongsian motosikal (ride-sharing) di Malaysia di bawah Dego Ride, Grab Bike dan Gojek tetap akan dilancarkan, menjadi perkara penting untuk kerajaan menggubal undang-undang bagi menawarkan perlindungan pekerjaan yang sama kepada pekerja gig seperti yang disediakan kepada pekerja pejabat sepenuh masa.

Perlindungan perubatan dan hospital

Memandangkan kebanyakan pekerja gig adalah penunggang motosikal, mereka lebih terdedah kepada kemalangan dan kecederaan ketika melakukan pekerjaan. Begitu juga dengan pemandu kereta e-hailing, mereka berisiko untuk dirompak dan diserang. Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia perlu mempertimbangkan agar perlindungan perubatan atau hospital untuk pekerja gig yang berdaftar dapat dilaksanakan.

Platform Gig telah menjadi perkhidmatan yang sangat diperlukan bagi pengguna bandar dan sumber pendapatan utama bagi kira-kira 250,000 pekerja gig di seluruh negara. (Kajian oleh The Centre pada akhir 2019).

Kementerian perlu memandang perkara ini dengan lebih serius, kerana ia bukan sahaja melibatkan 250, 000 pekerja gig malah ia turut melibatkan ahli keluarga mereka. Sebagai contoh, jika seorang pekerja gig mempunyai tiga orang tanggungan, ini bermakna bilangan akan mencapai ke 1 juta orang tanggungan pekerja gig yang akan terjejas sekiranya kemalangan berlaku.

Sumbangan PERKESO

Selain liputan perubatan dan hospital, pekerja gig juga tidak mempunyai akses kepada perlindungan sosial seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), yang hanya diberi kepada pekerja 'formal'.

Oleh itu, MCA menyokong sebarang dasar atau undang-undang yang memerlukan potongan atau caruman simpanan daripada pendapatan pekerja gig untuk menyumbang kepada skim keselamatan sosial seperti PERKESO.

Takrif baru pekerjaan

MCA turut menyokong perundangan baru terhadap mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang ini, dengan tanggungjawab  terhadap 'quasi-majikan'.

Sebelum ini, orang memilih untuk melakukan kerja separuh masa sebagai tambahan kepada punca pendapatan atau wang saku, tetapi kini, kerja-kerja gig ini diperlukan untuk mengeksploitasi mata pencarian dan bilangan mereka yang melakukannya semakin hari semakin meningkat.

Di United Kingdom, mereka telah mengenalpasti kategori  pemandu e-hailing ini sebagai pekerja gig. Sudah tiba masanya kerajaan membuat undang-undang atau peruntukan bagi melindungi dan memberi perlindungan kepada pekerja gig di Malaysia.

-MCA online-