Tun Dr Mahathir punca kemelut politik hari ini
Kedaulatan Sabah tiada ruang untuk perundingan, Chin Tong sanggup jadi badut kerana politik  

Gesa wujudkan tribunal e-hailing

Pada Khamis    21-05-2020 00:01:00

KERAJAAN melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) digesa mewujudkan satu tribunal e-hailing sebagai badan rujukan dalam membantu menyelesaikan permasalahan membabitkan pihak terbabit dalam sektor berkenaan.

Penyelaras Komuniti Pemandu E-Hailing Penggerak Malaysia, Ng Kian Nam berkata, tribunal berkenaan penting bagi menjamin kepentingan dan nasib serta masa depan mereka yang berkecimpung dalam sektor berkenaan terutama pekerja, mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau yang juga Setiausaha MCA Bahagian Rasah dan peguam berkata, dengan adanya tribunal e-hailing, semua pihak berkenaan yang berhadapan dengan sesuatu pertikaian boleh merujuk kepada tribunal terbabit.

"Tribunal ini perlu untuk menangani secara khusus pelbagai aduan daripada pemandu e-hailing, bukan sahaja dalam soal perkhidmatan, tetapi aspek kadar upah dan kebajikan mereka.

"Malah, tribunal ini boleh berfungsi atau bertindak sebagai tempat rujukan atau orang tengah seperti Tribunal Tuntutan Pengguna, dalam menyelesaikan sesuatu isu kerana kita tidak mahu pengusaha mengambil tindakan sesuka hati terhadap pekerja e-hailing.

"Kita tidak mahu melihat pemandu e-hailing yang ditimpa musibah tidak mendapat pembelaan daripada pengusaha," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 50 pekerja Foofpanda di Seremban Gateway di Seremban, hari ini.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa MCA pusat yang juga Timbalan Pengerusi Pembangunan Sosial MCA, Yap Siok Moy dan Pengurus wilayah Foodpanda Negeri Sembilan, Rizal Misran.

Berhubung perkhidmatan Foodpanda, Ng berkata, satu garis panduan tetap mengenainya perlu dikeluarkan supaya tidak timbul masalah daripada segi perkhidmatan diberikan.

-Harian Metro-

Berita Berkatian

COVID-19: Kotak penghantaran penunggang p-hailing perlu dibasmi kuman

Garis panduan untuk p-hailing dikeluarkan

Kerajaan tidak pinggir pemandu e-hailing

Kerajaan perlu gubal undang-undang perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja gig

Pemandu e-hailing tak puas kod AH