Kenyataan Media Ketua Biro Keharmonian Agama MCA, Dato’ Sri Ti Lian Ker

Tun M tidak patut memutarbelitkan fakta demi kepentingan politik

Tun Dr Mahathir Mohammad banyak salah fakta. Dato' Loke Yuen Yow bukan Timbalan Menteri pada masa itu. Sebenarnya pernah menyampaikan hasrat masyarakat Cina supaya satu Timbalan Perdana Menteri diadakan untuk "empowerment" ke arah penyelesaian masalah masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.                       

Tiada salah atau kesalahan sesuatu parti menyampaikan hasrat penyokong dan rakyat pada masa-masa tertentu. Apabila keputusan dibuat, yang penting kita pegang pada disiplin dan tatasusila parti demi kewujudan harmoni.

Proses lalu dan lampau adalah laluan sejarah semata-mata. Kita tidak perlu mencungkil atau melontar pertukaran pendapat atau komunikasi lampau dalam konteks dan lingkungan parti kepada umum semata-mata dengan niat politik yang jahat.

Inilah politik jahat Tun Dr Mahathir dalam mencuba mengeruhkan politik semasa untuk memancing undi.                       

Ia sekadar proses penyaluran hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sehat. Tun Dr Mahathir menyatakannya seakan-akan ia satu taboo semata-mata ingin provokasi sentimen dan emosi masyarakat Melayu seakan-akan Mca melakukan sesuatu yang salah dan DAP lebih mesra dan akur pada senstiviti orang Melayu.

Inilah mainan politik Tun Dr Mahathir dalam mencuba meraihkan sokongan pada parti pembankang dengan mainan sentimen perkauman

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA

-MCA Online-