Permohonan Keahlian Baharu

Pada Selasa    31-05-2016 12:43:00

Syarat-syarat menjadi ahli MCA

a)      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;

b)      Warganegara Malaysia berbangsa Cina;

c)       Bersetuju untuk mematuhi semua peraturan,  perundangan serta syarat-syarat yang ditetapkan untuk keahlian parti dari semasa ke semasa; mematuhi Perlembagaan Parti, prinsip serta dasar Parti; dan

d)      Bukan ahli dan tidak berafiliasi atau bersekutu dengan mana-mana parti politik lain.


Bagaimana menjadi ahli MCA?

Lengkapkan borang permohonan keahlian (secara atas talian: emember.mca.org.my/ ataupun secara manual) dan hantar ke Ibu Pejabat MCA (Bahagian Keahlian) dengan dokumen-dokumen sokongan dan yuran keahlian.

a)   Dokumen yang diperlukan:

    1. Satu salinan MyKad (depan dan belakang atas kertas bersaiz A4)

    2. Satu salinan gambar bersaiz pasport berwarna (Gambar terkini atau sepadan dengan umur ketika permohonan dibuat)


b)   Yuran Keahlian

Jenis Keahlian

Yuran Tahunan

Biasa

RM10 untuk 5 tahun
(RM2/- setahun)

Seumur hidup

RM100/- seumur hidup

*Permohonan yang dibuat atas talian hanya untuk Keahlian Seumur Hidup sahaja


Proses bagi Permohonan Keahlian Baharu

 

Secara manual

( Muat turun Borang Permohonan)

Secara Atas Talian

(Website:emember.mca.org.my

1.

Lengkapkan borang permohonan

Lengkapkan borang  permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan, dan membuat bayaran secara atas talian

2

Lampirkan dokumen-dokumen sokongan

Proses Pengesahan Biometrik*

3.

Pembayaran melalui
3.1 Tunai
3.2 Cek (Bayaran kepada MCA HQ)
3.3 Bayaran secara atas talian (Bayaran kepada MCA HQ, Alliance Bank : 14185-00100-33376)

** Catatan: Slip Bank-in perlu dihantar ke alamat e-mel membership@mca.org.my sebagai bukti pembayaran

Pengesahan dibuat oleh Bahagian Keahlian

4

Sila hantar borang permohonan ke Ibu Pejabat MCA - Bahagian Keahlian

Bahagian Keahlian akan mengumpul dan menyerahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk kelulusan

 

5

Proses Pengesahan Biometrik*

Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu

6

Pengesahan dibuat oleh Bahagian Keahlian

 

7

Bahagian Keahlian akan mengumpul dan menyerahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk kelulusan

 

8

Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu

 

*Mulai 1 September 2014, sesiapa yang ingin menyertai MCA mesti melalui proses pengesahan biometrik.

Klik sini untuk pusat pengesahan biometrik yang terdekat.

Pertanyaan

Ibu Pejabat MCA - Bahagian Keahlian
Tingkat 8, Wisma MCA
163 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2716 5911-5915

Faks: 03-2203 3820

Emel: membership@mca.org.my

*Berdasarkan terma & syarat


Dikemaskini 1/9/2022