1. Permohonan
a) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
b) Warganegara Malaysia yang bukan berbangsa Cina;
c) Bukan ahli atau bersekutu dengan mana-mana parti politik lain.
2. Hak Keahlian
a) Tiada hak untuk mengundi dalam parti.
b) Tidak boleh pegang jawatan dalam parti.
3. Tanggungjawab (Artikel 17)
Ahli Bersekutu boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas atau umum.
4. Cara memohon
Hanya menerima permohonan sebagai ahli biasa. Lengkapkan Borang Permohonan Keahlian Bersekutu, lampirkan dokumen-dokumen sokongan serta kos bayaran dan hantar ke Ibu Pejabat MCA Bahagian Keahlian.
a) Dokumen yang diperlukan:
I. Satu salinan MyKad (depan dan belakang atas kertas bersaiz A4)
II. Sekeping gambar saiz passport yang berwarna (gambar terkini)
b) Yuran Keahlian- RM10 untuk 5 tahun (RM2/- setahun)
c) Proses Pengesahan Biometrik
5. Proses untuk Permohonan Keahlian Baharu
a. Lengkapkan borang permohonan
b. Lampirkan dokumen-dokumen sokongan
c. Membuat bayaran
d. Hantar permohonan kepada Ibu Pejabat MCA Bahagian Keahlian
e. Proses Pengesahan Biometrik. Klik sini untuk cari pusat pengesahan biometrik yang terdekat.
f. Pengesahan dibuat oleh sekretariat
g. Sekretariat akan mengumpul dan menyerahkan permohonan kepada Majlis Presiden untuk kelulusan
h. Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu
6. Yuran Keahlian
a) RM2 / - setahun yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun atau pertengahan tahun (Artikel 13.4).
b) Ahli yang tidak membayar yuran keahlian selama 5 tahun berturut-turut akan dipadamkan dari senarai keahlian serta-merta.
c) Nama yang dipadamkan dari senarai keahlian perlu membuat permohonan baharu untuk kembali menjadi ahli.
7. Pertukaran Bahagian Keahlian
Permohonan pertukaran bahagian keahlian tertakluk pada alamat tempat tinggal pemohon.
8. Borang Permohonan (Klik sini untuk muat turun borang)
9. Rekabentuk Kad Keahlian

10. Penarikan Diri:
Dengan memberi notis secara bertulis kepada Setiausaha Agung dan Setiausaha Agung akan melaporkan penarikan tersebut kepada Jawatankuasa Pusat. (Artikel 19)
11. Faedah Ahli
Sama seperti ahli seumur hidup dan ahli biasa, nikmati tawaran Kad Istimewa Keahlian MCA.
Untuk apa-apa pertanyaan
Ibu Pejabat MCA - Jabatan Keahlian
Tingkat 8, Wisma MCA
163 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2716 5911-5915
Faks: 03-2203 3820
Emel: membership@mca.org.my
*Berdasarkan terma & syarat