23 Mac 2019

Kenyataan Akhbar Jurucakap Pemuda MCA Lee Yee Yuan

Apa dah terjadi terhadap PAC? Wong Kah Woh patut letak jawatan PAC

YB Nurul Izzah Anwar (PKR) telah meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menepati janji dan manifesto PH. Jawatan dalam PAC sepatutnya disandang oleh pemimpin Pembangkang dan Kerajaan untuk mengekalkan sifatnya sebagai pemeriksa perbelanjaan kerajaan yang telus.

Pemuda MCA bersama rakyat menyokong tindakan Nurul Izzah yang berani memberi tanda membantah kepada Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir yang menegaskan bahawa YB Datuk Seri Ronald Kiandee (PPBM) yang melompat parti, tidak perlu melepaskan jawatan beliau sebagai pengerusi jawatankuasa PAC.

Memandangkan Ronald Kiandee tidak mempedulikan bantahan rakyat dan lantaran sokongan daripada Mahathir, Naib Pengerusi PAC, YB Wong Kah Woh (DAP) tidak sepatutnya berdiam diri dan berpaut kepada jawatan itu, terus membiarkan suara rakyat dipijak-pijak. Wong Kah Woh sepatutnya bangkit dan membukti bahawa janji manifesto PH ke atas PAC bukan satu penipuan. Setidak-tidak, beliau boleh mengikut jejak Nurul Izzah yang berpinsip sebagai tanda membantah terhadap PH yang tidak berniat untuk memenuhi janji manifesto tersebut.

Apa dah terjadi terhadap PAC? Pemuda MCA dan rakyat menyoal.

-MCA online-