Wanita MCA meminta Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin memohon maaf secara terbuka kepada semua wanita di negara ini kerana telah mengeluarkan kenyataan yng menghina golongan berkenaan.

Menurut Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie, Bung Mokhtar sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan golongan wanita.

“Saya harap Speaker Dewan Rakyat dapat menghalang mana-mana ahli parlimen daripada mengeluarkan kenyatan yang menghina wanita.

“Ini penting kerana dapat mengelak nama Parlimen daripada dicemari oleh kata-kata ang tidak sepatutnya,” kata Seai Kie seperti dipetik dalam China Press.

Beliau mengulas kenyataan Bung Mokhtar ketika berucap di Dewan Rakyat baru-baru ini mengatakan kecantikan seseorang tidak mempunyai kaitan dengan penampilannya.

“Apa masalah pakai tudung? Kalau dia perempuan cantik, walaupun pakai tudung tetap cantik juga. Kalau dia tidak cantik, telanjang pun, siapa tak mahu,”kata Bung Mokhtar.

-Sinar Harian-