Permohonan Keahlian Bersekutu

Pada Rabu    17-03-2021 17:50:00

1. Permohonan

a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;

b) Warganegara Malaysia yang bukan berbangsa Cina;

c) Bukan ahli atau bersekutu dengan mana-mana parti politik lain.

2. Hak dan tanggungjawab Ahli Bersekutu

a) Tiada hak untuk mengundi dalam parti.

b) Tidak boleh memegang jawatan dalam parti.

c) Ahli Bersekutu dibenarkan menghadiri mesyuarat khas atau umum (Artikel 17)

3. Proses Permohonan

Hanya menerima permohonan sebagai Ahli Biasa. Lengkapkan Borang Permohonan Keahlian Bersekutu, lampirkan dokumen-dokumen sokongan serta yuran keahlian dan hantar ke Ibu Pejabat MCA – Bahagian Keahlian.

a) Dokumen yang diperlukan:

I. Satu salinan MyKad (depan dan belakang atas kertas bersaiz A4)

II. Sekeping gambar bersaiz pasport yang berwarna (gambar terkini)

b) Yuran Keahlian

    RM10 untuk 5 tahun (RM2/- setahun)

c) Proses Pengesahan Biometrik

4. Proses untuk Permohonan Keahlian Baharu

a. Lengkapkan borang permohonan
b. Lampirkan dokumen-dokumen sokongan
c. Membuat bayaran
d. Hantar permohonan kepada Ibu Pejabat MCA Bahagian Keahlian
e. Proses Pengesahan Biometrik. Klik sini untuk pusat pengesahan biometrik yang terdekat.
f. Pengesahan dibuat oleh Bahagian Keahlian
g. Bahagian Keahlian akan mengumpul dan menyerahkan permohonan kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk kelulusan
h. Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu

5. Yuran Keahlian

a) RM2 /-setahun yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun atau pertengahan tahun (Artikel 13.4).

b) Ahli yang tidak membayar yuran keahlian selama 5 tahun berturut-turut akan dikeluarkan dari senarai keahlian serta-merta.

c) Nama yang dikeluarkan dari senarai keahlian perlu membuat permohonan baharu untuk kembali menjadi ahli.


6. Pertukaran Bahagian Keahlian

Permohonan bagi pertukaran bahagian keahlian tertakluk pada alamat tempat tinggal pemohon.


7. Borang Permohonan (Klik sini untuk muat turun Borang Permohonan )

8. Rekabentuk Kad Keahlian

9. Pengunduran Diri sebagai ahli:

Dengan memberi notis secara bertulis kepada Setiausaha Agung dan Setiausaha Agung akan melaporkan pengunduran tersebut kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA. (Artikel 19).

10. Faedah Ahli

Sama seperti Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa, Ahli Bersekutu juga dapat menikmati tawaran istimewa Kad Keahlian MCA.



Pertanyaan

Ibu Pejabat MCA - Bahagian Keahlian
Tingkat 8, Wisma MCA
163 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2716 5911-5915

Faks: 03-2203 3820

Emel: membership@mca.org.my

*Berdasarkan terma & syarat


Dikemaskini 1/9/2022