Lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memberi gambaran positif tentang keyakinan dunia luar terhadap negara ini.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, lawatan tersebut sekali gus menafikan tuduhan pembangkang kononnya pelabur asing mula menjauhkan diri dari pasaran Malaysia.

“Keadaan ini menggambarkan kestabilan dan kerancakan ekonomi Malaysia. Saya tidak faham bagaimana pembangkang boleh mengatakan ekonomi kita semakin buruk dan kehilangan pelabur,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini malam ini.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan myPPP, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dalam ucapannya berkata, Pakatan Harapan yang diketuai DAP gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat di negeri-negeri yang ditadbir mereka.

“Mereka banyak habiskan masa menghentam Barisan Nasional (BN) walhal kita bersungguh-sungguh memenuhi keperluan rakyat,” ujarnya.


- Utusan Online-