29 Mei 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Kerajaan Pulau Pinang mahu pinjam wang, ada udang di sebalik batu?

Setiausaha MCA Bahagian Bagan merangkap Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong mencurigai usul pinjaman wang dari luar negara yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Pakatan Harapan, khuatir akan usul tersebut mempunyai agenda yang tersembunyi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pernah dalam perkara peruntukan kepada SJKC berkata kerajaan negeri boleh meminjamkan wang kepada Kerajaan Persekutuan pada ketika dulu, tetapi sekarang pula mahu membuat pinjaman bagi membiayai “Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang” yang mungkin cakap kosong sahaja, dan menggambarkan imej penipuan besar.

Dr Tan Chuan Hong mencurigai “Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang” di bawah Kerajaan Negeri mungkin adalah satu pelan yang kosong demi kepentingan Pilihan Raya Umum yang akan datang. Ini jelas boleh dibuktikan dalam PRU-13 yang lalu, kerajaan negeri pernah melancar serta memperuntukan tanah dan membenarkan pemaju tambak laut atas projek terowong bawah dasar laut, mengakibatkan status sekarang dalam dilemma sama ada mahu membina terowong bawah dasar laut atau membina Jambatan Ketiga, tetapi dalam perkara ini, rakyat Pulau Pinang telah hilang tanah, dan yang mendapat faedahnya selain daripada Pemaju, yang lain hanyalah mereka yang memegang kuasalah yang tahu.

Di Bagan sini, mempunyai seorang wakil rakyat yang memegang jawatan Ketua Menteri dan 2 orang EXCO Kerajaan Negeri dalam Parlimen Bagan, salah satu jalan yang tidak sampai 4km panjang di Jalan Raja Uda, sejak 308 mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri sehingga hari ini, sudah 9 tahun, projek naiktaraf jalan masih belum siap, serta berlakunya penggantian semula asas tiang lampu. Sekarang pula kerajaan negeri mahu berjanji besar berharap mendapat pinjaman dari bank untuk membina laluan Sky Cab dan LRT bersambung dari Pulau Pinang ke Jalan Raja Uda. Tidakkah kami khuatir sebagai penduduk di Bagan?

Kami lagi mencurigai 3 buah Pulau buatan manusia ini diguna sebagai pajakan untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, pelan tersebut masih belum dilaksanakan, tetapi telah diguna untuk menampung perbelanjaan sekiranya terdapat kerugian, adakah ini mempunyai agenda yang tersembunyi ataupun mempunyai isi-isi yang tersirat?

Kadar faedah bank biasanya lebih tinggi daripada bond kerajaan, ini jelas memberi gambaran Pakatan Harapan cakap tidak serupa bikin, mereka sudah biasa menggunakan taktik “Malaysia akan Muflis” untuk menyerang BN, malahan pada sebaliknya “mengharapkan pinjaman untuk mengaut keuntungan”, selepas itu kerajaan negeri perlu bertanggungjawab ke atas hutang dan rakyat perlu menanggung bebanan cukai yang tinggi. Seperti contoh negeri Kedah apabila ditadbir oleh Pakatan Rakyat, memperolehi pinjaman dari bank RM350 juta untuk membina Univerisiti Islam Antarabangsa, mengakibatkan kerajaan Kedah perlu menanggung hutang itu selepas diambil-alih oleh BN. BN masih perlu membayar hutang dan kadar faedah mengikut masa dan ini amat membebankan rakyat Kedah serta kerajaan BN.

Dr Tan Chuan Hong
Setiausaha Organisasi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Pulau Pinang

-MCA online-