29 Disember 2018

Kenyataan Akhbar Naib Pengerusi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Pakatan Harapan, biarlah impian pengundi jadi kenyataan

Menjelang akhir tahun 2018, Naib Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Ketua MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong berpendapat bahawa setelah Pakatan Harapan dipilih menjadi kerajaan pada 509, PH asyik memberikan mimpi kosong. Apa yang pengundi berasa gembira ialah mereka dapat menyaksikan pucuk pimpinan dapat beralih buat kali pertama dalam sejarah, tetapi yang yang membuat pengundi berasa sedih adalah segala janji-janji dalam manifesto hanya tinggal dalam kenangan yang manis.

Dari sudut perbelanjaan harian, pemansuhan GST membawa kesan cukai berganda selepas SST 2.0 menggantikannya. Harga minyak petrol yang sepatutnya turun tidak terjadi, malah rakyat terpaksa bayar lebih, menjadikan rakyat terpaksa bayar cukai untuk harga minyak petrol; Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) pula merupakan satu gantian untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), selepas dijenamakan semula, amaun dikurangkan, subsidi untuk orang muda dan bujang dimansuhkan. Semua ini merupakan keperluan dan tunjang ekonomi keluarga dalam kategori sederhana rendah, jelas dan nyata selepas PH menjadi kerajaan, segala kebajikan rakyat telah lenyap, dan membawa tekanan kepada rakyat. Ini boleh dikatakan mimpi ngeri sudah bermula dan rakyat akan hidup dalam keadaan ekonomi yang susah.

Dari segi pendidikan, pemimpin Pakatan Harapan berjuang secara habis-habisan tentang kemasukan pelajar sepatutnya terbuka kepada semua, tetapi pada hari ini, semua telahpun berdiam diri, tidak berani untuk sebut dan melaksanakannya. Ada pula yang melampau adalah peruntukan dari segi pentadbiran TAR-UC, memberikan syarat-syarat yang tidak munasabah, menyusahkan ibubapa dan pelajar sekolah, terpaksa bayar lebih pada semester yang akan datang. Kenapa Menteri Kewangan mahu menyusahkan kaum Cina?

Dalam Isu PTPTN, memberikan imej yang betul-betul dapat dirasai adalah impian yang kosong, pada hakikatnya, perjuangan pemimpin Pakatan Harapan memberikan persepsi yang berlainan sebelum dan selepas PRU-14. Sebelum PRU pernah berjanji akan memberi pengecualian kepada peminjam PTPTN, tetapi selepas menjadi kerajaan, mahu peminjam bayar balik pula. Walaupun membayar hutang ini adalah perkara yang patut dibuat, tetapi janji-janji seperti ini telahpun dikeluarkan, dan tidak mahu mengaku pula.

Dr Tan Chuan Hong menyeru kepada Kerajaan Pakatan Harapan supaya menjadi kerajaan yang lebih beramanah, bukan sahaja mahu menunaikan janji dalam manifesto, malah perlu mendahulukan rakyat, membangunkan ekonomi dan infrastruktur asas, supaya mencapai matlamat untuk memakmurkan rakyat, menjayakan rakyat supaya segala impian akan menjadi kenyataan pada tahun 2019.

-MCA online-