Jasa tokoh tempatan dahulu disisih, Kerajaan Pakatan Harapan Kedah mengagungkan tentera Jepun?
Khalid Samad digesa letak jawatan, lebih fokus melaksanakan pilihan raya PBT  

Kaji semula pembinaan KXP - Guan Eng sendiri pernah bantah atas alasan sama

Pada Selasa    30-04-2019 16:57:00

30 April 2019

Kenyataan Media Naib Presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng

Kaji semula pembinaan KXP - Guan Eng sendiri pernah bantah atas alasan sama

Keluhan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bahawa pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) akan memberi impak negatif kepada negeri Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) harus dipandang serius kerajaan pusat Pakatan Harapan.

Mana-mana pembangunan harus dibuat secara holistik, supaya menguntungkan semua pihak, dan bukannya dibuat sehingga menjejaskan pihak lain.

Walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini, termasuk dari barisan pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun kerajaan Pakatan Harapan tidak mengendahkan suara-suara mereka dan meneruskan projek tersebut. Akan tetapi, sekarang kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP dan Pakatan Harapan juga telah meluahkan bantahannya, jadi sekarang kerajaan pusat harus mengambil langkah ke belakang dan meneliti semula pembinaan KXP.

Alasan yang diberi Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa tidak ada sebab untuk menghalang projek KXP kerana ia dibiayai pihak swasta (PFI) tidak masuk akal. Projek sebesar ini patut mengambil kira impaknya terhadap kawasan berdekatan, terutamanya apabila LTAPP hanya sejauh 46 km dari KXP. Ia juga amat ironik apabila Guan Eng sendiri pernah membantah pembinaan KXP atas sebab yang sama pada tahun 2014 semasa beliau memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada tahun lepas, sebanyak 7.78 juta penumpang telah melalui LTAPP, sekaligus membuktikan kepentingannya sebagai hab pengangkutan udara bagi wilayah utara negara. Maka, ia lebih baik jika kerajaan pusat dan Kementerian Pengangkutan menaik taraf dan memperbesarkan LTAPP, daripada membina sebuah lapangan terbang baharu di kawasan yang sangat berdekatan.  

Jika Pakatan Harapan enggan mengendahkan keluhan rakyat dan barisan pembangkang, sekurang-kurangnya dengarlah keluhan ahli parti sendiri. Kenyataan Chow Kon Yeow juga membuktikan bahawa pembangkang bukan hanya membantah sewenang-wenangnya, tetapi bantah atas fakta.   

Kami sekali lagi menggesa kerajan pusat mengkaji semula keputusannya, dan jika masih degil, maka menjadikan KXP sebagai hab pengangkutan kargo udara dan kekalkan LTAPP sebagai hab penumpang.

-MCA online-

Berita Berkatian

Motif politik di sebalik perbezaan peruntukan untuk KXP dan LTAPP?