Tatakelakuan untuk Ahli-Ahli MCA
Untuk berfungsi sebagai sebuah parti politik yang dihormati semua, reputasi dan imej parti perlulah dipertahankan oleh semua ahli-ahlinya. Oleh itu, ia penting bahawa keteraturan, kesopanan dan disiplin parti dikekalkan pada setiap masa. Untuk mencapai matlamat tersebut, semua ahli dikehendaki mematuhi tatakelakuan yang berikut:
1) Tugas dan Tanggungjawab
- Semua ahli dikehendaki mematuhi Perlembagaan Parti dan Tatakelakuan keahlian
- Semua ahli dikehendaki melaksanakan dasar-dasar Parti secara ikhlas
- Semua ahli dikehendaki menyokong, mengambil bahagian dan bekerjasama menjalankan aktiviti-aktiviti Parti
- Semua ahli dikehendaki mempertahankan nama baik dan imej Parti
- Semua ahli dilarang mendedahkan perkara-perkara sulit yang dibincangkan semasa mesyuarat Parti
- Semua ahli dilarang menuduh atau mengkritik Parti, barisan kepimpinannya dan ahli-ahli lain tanpa bukti
- Semua ahli dikehendaki menghormati dan akur terhadap keputusan yang dibuat Parti, dan tidak akan membuat pendirian yang bertentangan secara umum melalui media atau apa apa-apa cara sekalipun
- Semua ahli dikehendaki menyelesaikan apa-apa pertikaian melalui saluran Parti yang sesuai
- Ahli-ahli yang memegang status Penduduk Tetap negara lain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum, ataupun memegang jawatan Senator dan ahli Majlis Perbandaran dan Daerah
- Semua pemimpin, ahli serta agen-agen dan penyokong mereka tidak dibenarkan mendapat sokongan ahli-ahli melalui pemberian wang, makanan percuma, percutian dan hadiah, menjanjikan jawatan-jawatan Parti atau kerajaan dan lain-lain lagi yang boleh dianggap sebagai rasuah
2) Kewangan dan Pengendalian Aset
- Pemegang-pemegang jawatan Parti di semua peringkat haruslah mengendalikan kewangan dan aset Parti secara berhemah
- Bendahari dan Pengerusi/ Setiausaha di semua peringkat Parti hendaklah menjadi penandatangan bersama akaun bank
- Pemegang jawatan di semua peringkat Parti haruslah mengemukakan penyata kewangan dan laporan aset kepada Bendahari Agung. Laporan ini haruslah ditandatangan oleh kedua-dua Bendahari dan Pengerusi/ Setiausaha
- Sebaik sahaja keputusan pemilihan Parti diumumkan, para pemegang jawatan yang bakal keluar tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa wang daripada akaun bank dan dikehendaki menyerahkan semua penyata kewangan, laporan aset dan dokumen-dokumen lain kepada pemegang jawatan yang baru dalam tempoh 7 hari selepas keputusan pemilihan Parti diumumkan
- Pengendalian semua aset dan kewangan Parti haruslah selari dengan Perkara XVII Perlembagaan Parti
3) Pemilihan Parti
Semua ahli-ahli yang layak berhak bertanding untuk apa-apa jawatan Parti selaras dengan Perlembagaan Parti. Ahli-ahli lain tidak dibenarkan menghalang atau menhentikan ahli-ahli yang layak daripada bertanding. Peraturan-peraturan tersebut haruslah dipatuhi:
- Ahli-ahli yang bertanding atau berkempen untuk calon-calon lain haruslah memastikan bahawa pemilihan Parti dijalankan dengan adil
- Apa-apa kenyataan atau propaganda (melalui internet, sistem pesanan ringkas dan e-mel) yang digunakan semasa tempoh pemilihan Parti haruslah berdasarkan pencapaian calon-calon pada masa dahulu atau sekarang, dan dasar-dasar atau hala tuju calon. Kenyataan yang memutarbelitkan atau menuduh tanpa asas adalah dilarang
- Ahli-ahli yang menghadiri apa-apa acara yang dianjurkan Ibu Pejabat Parti semasa tempoh pemilihan Parti haruslah mematuhi arahan Ibu Pejabat mengenai penginapan, makanan dan isu-isu logistik
- Apa-apa pertikaian yang timbul semasa pemilihan Parti akan dibawa ke Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti Ibu Pejabat untuk diselesaikan. Pertikaian-pertikaian tidak haruslah dibawa ke media atau pihak umum
4) Pilihan Raya Umum
- Ahli-ahli dibenarkan mencadangkan diri sendiri sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum melalui saluran yang betul. Walaubagaimanapun, semua ahli haruslah menyokong calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih Parti
- Ahli-ahli tidak dibenarkan menyokong atau berkempen untuk pembangkang dalam apa jua cara, termasuk kempen rumah ke rumah, mengutip derma, meletakkan kain rentang dan mencetak bahan publisiti untuk calon pembangkang
- Ahli-ahli tidak dibenarkan mengambil bahagian atau menyokong aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak pembangkang
Tatakelakuan untuk Wakil Rakyat MCA
1. Tugas dan Tanggungjawab
- Semua ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan Parti dan Barisan Nasional (BN)
- Wakil-wakil rakyat MCA dikehendaki mengekalkan rekod kehadiran yang baik di semua sesi Parlimen/ DUN. Ahli-ahli dinasihati membaca Peraturan Tetap dan lain-lain supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan
- Semua wakil rakyat MCA dikehendaki melaksanakan analisis dan penyelidikan mengenai Akta-akta/ Enakmen yang dibentangkan di Parlimen/ DUN untuk memastikan bahawa dasar-dasar parti dan BN boleh manfaatkan rakyat
- Semua wakil rakyat MCA dikehendaki mematuhi sumpah mereka untuk mengekalkan rahsia maklumat sulit
- Semua wakil rakyat MCA dikehendaki mengikut garis panduan kerajaan semasa menggunakan peruntukan untuk kawasan mereka. Wakil rakyat haruslah mengemukakan laporan tahunan kepada Presiden Parti dalam tempoh satu bulan selepas akhirnya tahun kewangan
2. Peranan dan Perkhidmatan di Peringkat Kawasan
- Semua wakil rakyat dikehendaki menubuhkan pusat perkhidmatan dengan seorang pekerja sepenuh masa untuk menerima aduan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Rekoh haruslah dibuat dan semua aduan dikendalikan secara profesional. Wakil rakyat boleh melantik pembantu atau wakil Parti dalam kawasannya untuk membantu aktiviti hariannya, tetapi mereka harus memantau dan menjalankan tindakan susulan untuk memastikan kecekapan dalam perkhidmatan masyarakat
- Semua wakil rakyat dikehendaki melawat kawasan mereka secara kerap untuk mewujudkan hubungan baik dengan rakyat
- Semua wakil rakyat dikehendaki mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi rakyat dan mana-mana perkhidmatan awam yang boleh diperbaiki, seperti kesihatan, pendidikan dan infrastruktur. Di samping itu, wakil-wakil rakyat dikehendaki mengetahui rangka kerja dan prosedur kerajaan supaya boleh berkhidmat dengan lebih baik. Wakil rakyat juga harus memastikan bahawa janji-janji BN ditunaikan
- Semua wakil rakyat dikehendaki menyimpan rekod mengenai prestasi kerja dan program-program untuk rakyat. Wakil rakyat juga harus menyediakan sebuah pelan pembangunan selama 5 tahun untuk kawasan mereka sendiri untuk dikemukakan kepada Pengerusi badan pemantau wakil rakyat MCA dalam tempoh 3 bulan selepas dipilih
3. Kesetiaan kepada Parti
- Semua wakil rakyat dikehendaki mematuhi Tatakelakuan MCA dan BN untuk menjaga imej dan disiplin Parti
- Semua wakil rakyat secara automatik akan menjadi ahli-ahli perwakilan di peringkat Pusat, Negeri dan Bahagian, dan mereka haruslah menghadiri mesyuarat dan aktif dalam perbincangan dan proses membuat keputusan
- Semua wakil rakyat dikehendaki menyokong resolusi-resolusi dan projek Parti yang dijalankan MCA Pusat dan Negeri. Mereka dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Bahagian MCA masing-masing
- Semua wakil rakyat dikehendaki mengekalkan hubungan baik dengan Bahagian Parti dalam kawasan mereka, serta dengan MCA Negeri
- Semua jawatan kerajaan yang diperuntukkan akan diputuskan oleh barisan kepimpinan Parti dan MCA berhak menggantikan mana-mana calon dari semasa ke semasa. Oleh itu, Semua wakil rakyat dikehendaki akur kepada semua keputusan oleh kepimpinan Parti
Tatakelakuan untuk Penjawat Awam MCA
Bahagian 1: Garis Panduan untuk Menteri-menteri, exco-exco negeri, calon-calon ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Senator
Menteri
- Seseorang ahli yang dicalon dan dilantikkan sebagai Menteri selepas Pilihan Raya Umum tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada dua (2) penggal. Bagaimanapun, jikalau seorang Menteri baru dilantik pada bila-bila masa sepanjang kesinambungan Parlimen akibat daripada rombakan Kabinet, menteri tersebut tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada sepuluh (10) tahun dari tarikh dilantik.
- Had-had tersebut tidak terpakai kepada Presiden Parti kerana tempoh penggal Presiden telah dihadkan kepada Sembilan (9) tahun dalam Perlembagaan Parti
Exco Negeri
- Seseorang Exco Negeri yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada satu (1) penggal Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun, tidak dibenarkan memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada tiga (3) penggal. Had ini tidak terpakai kepada Ketua Negeri.
- Perkara 2.1 tidak boleh dipakai kepada negeri Perlis dan Sabah
- Bagi Perlis, exco negeri tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada satu (1) penggal Dewan Undangan Negeri dan setelah tamatnya penggal tersebut, seorang ADUN baharu akan dicalonkan untuk jawatan tersebut
- Bagi Sabah, Jawatankuasa Pusat akan mempertimbangkan cadangan yang dibuat Jawatankuasa Perhubungan Negeri mengenai calon Menteri atau Timbalan Menteri
Senator
- Seseorang ahli Parti yang dicalonkan sebagai Senator tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada satu (1) penggal selama tiga (3)tahun. Walaubagaimanapun, tempoh tersebut boleh dilanjutkan untuk satu (1) lagi penggal di bawah keadaan-keadaan di bawah. Pemilihan calon Senator akan dibuat berdasarkan meritokrasi.
- Apabila beliau dicadangkan untuk jawatan Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara
- Apabila beliau memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen
- Apabila beliau dilantik sebagai Ketua Negeri
- Parti tidak wajib melantik seseorang Senator berdasarkan perkara-perkara berikut:
- Calon-calon yang bertanding di pilihan raya Parlimen atau DUN tetapi kalah
- Bekas ahli-ahli Parlimen atau DUN yang telah berkhidmat selama dua (2) penggal, tidak akan:
- Dicalonkan untuk pelantikan Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara
- Memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen
- Dilantik sebagai Ketua Negeri
Kriteria Minimum untuk Calon-calon Ahli Parlimen, DUN dan Senator
- Kelulusan sekurang-kurangnya sekolah menengah ke atas
- Mahir berbahasa dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan berkesan supaya boleh berkomunikasi dan mengambil bahagian dalam mesyuarat, serta melaksanakan tanggungjawab
- Mesti menghadiri dan menghabiskan kursus-kursus latihan berkaitan yang dianjurkan Parti
- Mesti aktif dalam Parti dan/atau masyarakat dengan rekod perkhidmatan yang baik
- Mesti berkhidmat untuk masyarakat dengan ikhlas dan menghadiri mesyuarat tanpa kekangan peribadi
Tugas-tugas Asas seorang Pegawai Awam
- Ahli-ahli MCA yang memegang jawatan pegawai awam haruslah melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya secara bersungguh-sungguh, termasuk:
- Menghadiri mesyuarat penting di peringkat kerajaan Pusat atau Negeri dan membuat persiapan yang diperlukan. ahli-ahli Parlimen, DUN dan Senator mesti menghadiri semua sesi Parlimen, DUN dan Dewan Negara dan membuat persiapan yang diperlukan.
- Memantau semua undang-undang berkaitan yang akan diluluskan, dan memantau pelaksanaan undang-undang tersebut untuk mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan atau karenah birokrasi
- Menghadiri mesyuarat, taklimat dan perhimpunan Parti yang penting
- Membantu menggalakkan urusan Parti sebaik mungkin
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugasnya, dan ahli-ahli Parlimen, DUN dan Senator akan membentangkan tugas-tugas mereka di mesyuarat Parti peringkat Bahagian masing-masing
- Mencapai matlamat budaya politik yang sihat untuk Parti sebaik mungkin
Peruntukan-peruntukan Am
- Mana-mana ahli Parti yang ingin meletak jawatannya sebagai Pegawai Am harus menghantar surat dengan menyatakan sebab-sebab kepada Presiden Parti
- Tanpa mengambil kira apa-apa peruntukan yang berlawanan kepada Garis Panduan tersebut,Jawatankuasa Pusat berhak mengarahkan ahli-ahli Parti yang memegang jawatan pegawai am untuk meletak jawatan jikalau beliau tidak melaksanakan tugasnya dengan baik, atau melakukan perbuatan yang memalukan, atau melanggar disiplin Parti, atau melakukan jenayah serius
- Bagi keadaan luar biasa di mana kepentingan Parti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pemindaan yang perlu kepada Garis Panduan ini, ataupun memberi kuasa kepada Presiden untuk membuat demikian
- Garis Panduan tersebut berkuat kuasa pada 4 Oktober 2005, akan tetapi, had-had terma akan bermula dari tarikh beliau memegang jawatannya
Bahagian 2: Garis Panduan Am untuk calon-calon Pejabat Am MCA - Ahli Majlis Perbandaran, Perbandaran dan Daerah
Ahli Majlis Daerah
- Secara am, pelantikan ahli Majlis Daerah tidak boleh melebihi sepuluh (10) tahun. (Memandangkan negeri-negeri lain mengguna pakai peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang berbeza, had tempoh seseorang ahli Majlis Daerah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA masing-masing)
- Ahli-ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Senator tidak boleh dilantik sebagai ahli Majlis Daerah pada masa sama
Ahli Majlis Perbandaran, Perbandaran
- Seseorang ahli Parti yang dicalon dan dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran atau Majlis Perbandaran tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada lapan (8) tahun. (Memandangkan negeri-negeri lain mengguna pakai peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang berbeza, had tempoh seseorang ahli Majlis Perbandaran akan ditentukan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA masing-masing)
- Ahli-ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Senator tidak boleh dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran pada masa sama
Kriteria Minimum untuk Calon-calon ahli Majlis Perbandaran, Perbandaran dan Daerah
- Calon mestilah seorang penduduk tempatan, atau bekerja, atau giat dalam Majlis Perbandaran, Perbandaran dan Daerah yang berkenaan
- Calon mestilah seorang ahli Parti seumur hidup, dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
- Calon mestilah fasih dalam Bahasa Melayu untuk membolehkannya mengambil bahagian dan berkomunikasi dalam mesyuarat dan menjalankan tugasnya
- Calon mestilah menghabiskan kursus latihan berkaitan yang dianjurkan Parti
- Calon mesti giat dalam Parti dan di masyarakat dengan rekod perkhidmatan yang baik
- Calon mesti berkhidmat secara ikhlas dan menghadiri semua mesyuaraut Majlis Perbandaran, Perbandaran atau Daerah tanpa dihalang komitmen peribadi
- Setiausaha kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, Pegawai Pembangunan Kampung Baru, Pegawai Informasi Medan, dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak boleh dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran, Perbandaran dan Daerah.
Kriteria Pemilihan untuk ahli Majlis Perbandaran, Perbandaran dan Daerah
- Jawatankuasa Perhubungan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa pemilihan untuk menemu duga calon-calon untuk jawatan ahli Majlis Perbandaran, Perbandaran dan Daerah MCA
- Memandangkan kerajaan negeri masing-masing menetapkan keperluan yang berbeza, Jawatankuasa Perhubungan Negeri masing-masing akan membuat keputusan mengenai isu-isu berkenaan:
- Penamaan ahli-ahli untuk jawatankuasa pemilihan
- Kriteria pemilihan calon-calon
- Cara-cara ujian lisan dan temuduga dijalankan. Ibu Pejabat MCA akan menyeragamkan skop ujian yang akan digunakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri
Tugas-Tugas Asas Penjawat Awam
- Ahli-ahli MCA yang memegang jawatan awam dikehendaki menjalankan tugas-tugas asas dan tanggungjawabnya, termasuk:
- Menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat Bandaraya, Perbandaran dan Daerah dengan persiapan berkenaan untuk mesyuarat tersebut
- Memantau semua undang-undang dan peraturan berkenaan yang diluluskan, dan meneliti pelaksanaannya untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan birokrasi yang tidak diingini
- Memberi perkhidmatan yang baik kepada semua penduduk dalam Bahagiannya dalam semua hal berkenaan dengan kerajaan tempatan, dan mampu bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada setiap masa
- Menghadiri mesyuarat, taklimat dan perhimpunan Parti yang penting, dan mempromosikan aktiviti-aktiviti Parti dengan sebaik-baiknya
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugasnya, dan melaporkannya dalam mesyuarat Bahagian
- Merealisasikan matlamat Parti untuk memupuk budaya politik yang sihat dengan sebaik-baiknya
Peruntukan Am
- Ahli-ahli Parti yang ingin meletak jawatannya mesti menghantar surat peletakan jawatan kepada Pengerusi Bahagian dan menyatakan sebabnya. Satu salinan juga mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri pada masa yang sama
- Jawatankuasa Pusat berhak mengarahkan seseorang ahli Parti yang memegang jawatan awam untuk meletak jawatan jikalau dia gagal menjalankan tugasnya denga baik, berkelakuan memalukan, melanggar tatatertib Parti atau disabit jenayah berat
- Dalam kes-kes tertentu dimana kepentingan Parti mesti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pelarasan atau pindaan kepada Garis Panduan ini, atau memberi kuasa kepada Presiden untuk berbuat demikian
- Gairs Panduan ini berkuat kuasa pada 31 Oktober 2005, akan tetapi had tempoh memegang jawatan bermula dari tarikh pelantikannya.
Lampiran A
Skop ujian dan kriteria pemilihan untuk ahli majlis Perbandaran, Perbandaran dan Daerah
1. Peperiksaan Bertulis (Bahasa Cina, Melayu, Inggeris)
- Menguji pengetahuan calon-calon mengenai Parti (termasuk peringkat Pusat, Negeri dan Tempatan)
- Menguji pengetahuan calon-calon mengenai isu-isu semasa
2. Peperiksaan Bertulis (Bahasa Melayu) Temuduga - Kaedah Penilaian
- Menguji penguasaan calon dalam Bahasa Melayu dengan menilai penulisan calon dalam menyelesaikan aduan oleh orang awam
3.
A. | Tahap Kefasihan dalam Bahasa Melayu | 25% |
B. | Kualiti Kepimpinan | 20% |
C. | Pengetahuan/Kesedaran Mengenai Parti | 20% |
D. | Pengetahuan Mengenai Jawatan Awam yang Dimohon | 10% |
E. | Kemahiran Perhubungan Awam (Dalam Parti dan dengan NGO) | 20% |
F. | Tahap Prestasi semasa Kempen Pilihan Raya Umum | 5% |
| Jumlah | 100% |
Bahagian 3: Garis Panduan Am untuk Calon-Calon Jawatan Awam MCA - Pegawai Penyelaras Kawasan
1) Pegawai Penyelaras Kawasan
- Tugas utama Pegawai Penyelaras Kawasan adalah untuk menjalankan tugas-tugas wakil rakyat. Mereka harus menjalankan tugas-tugas mereka sepertimana yang dinyatakan dalam surat lantikan. Selain itu, mereka juga harus membantu Parti dalam persediaan menghadapi PRU supaya Parti boleh memenangi semula kawasan yang dimenang pihak pembangkang
- Pegawai Penyelaras Kawasan tidak semestinya dipilih menjadi calon wakil rakyat dalam PRU
- Pegawai Penyelaras Kawasan tidak boleh memegang jawatan awam termasuklah Setiausaha kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, Pegawai Pembangunan Kampung Baru, Pegawai Informasi, Pengerusi JKKK, dan ahli-ahli Majlis Perbandaran dan Daerah
2) Kriteria Minimum untuk Calon-calon Pegawai Penyelaras Kawasan
- Calon mestilah bekerja atau aktif dalam kawasan tersebut
- Calon mestilah seorang ahli Parti seumur hidup, dan telah menjadi ahli untuk lebih daripada 3 tahun
- Calon mesti mampu bertutur dalam Bahasa Melayu supaya boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat dan berkomunikasi dan menjalankan tugas dengan baik. Tahap pendidikan calon mestilah sekurang-kurangnya habiskan peringkat sekolah menengah
- Calon mesti menghadiri dan melengkapkan kursus-kursus berkenaan yang dianjurkan Parti.
- Calon mestilah aktif dalam Parti dan/atau di masyarakat tempatan, dengan rekod perkhidmatan yang baik
- Calon mestilah komited berkhidmat untuk rakyat dan menghadiri semua mesyuarat tanpa kekangan peribadi
3) Pemilihan Pegawai Penyelaras Kawasan
- Jawatankuasa Perhubungan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa pemilihan untuk menemu duga semua calon
- Memandangkan kerajaan negeri masing-masing menetapkan keperluan yang berbeza, Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA akan membuat keputusan atas isu-isu yang berkaitan dengan: pencalonan ahli-ahli untuk jawatankuasa pemilihan, kriteria pemilihan calon, dan cara-cara ujian lisan dan temuduga dijalankan. Ibu Pejabat MCA akan menyeragamkan skop ujian yang akan digunakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri
4) Tugas-Tugas Asas Pegawai Penyelaras Kawasan
- Ahli-ahli MCA yang memegang jawatan awam dikehendaki melaksanakan tugas-tugas asas dan tanggungjawabnya, termasuk:
- Memantau dan mengagihkan peruntukan untuk kawasan berkenaan bagi memastikan bahawa semua projek yang dilaksanakan akan memanfaatkan rakyat
- Menghadiri semua mesyuarat penting dengan persiapan yang berkenaan untuk mesyuarat tersebut
- Memantau semua undang-undang dan peraturan yang diluluskan, dan meneliti pelaksanaannya untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan birokrasi yang tidak diingini
- Bekerjasama dengan Bahagian berkenaan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat. Mereka harus membentangkan laporan kerja mereka di mesyuarat Bahagian
- Menghadiri mesyuarat, taklimat dan perhimpunan Parti yang penting, dan mempromosikan aktiviti-aktiviti Parti dengan sebaiknya
- Merealisasikan matlamat Parti untuk memupuk budaya politik yang sihat dengan sebaik-baiknya
5) Peruntukan Am
- Ahli-ahli Parti yang ingin meletak jawatan mesti menghantar surat kepada Pengerusi Bahagian dan menyatakan sebab-sebabnya; satu salinan juga mesti dihantar kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan Ibu Pejabat MCA pada masa sama
- Parti berhak mengarahkan seseorang ahli Parti yang memegang jawatan awam untuk meletak jawatan jikalau dia gagal menjalankan tugasnya dengan baik, berkelakuan memalukan, melanggar tatatertib Parti atau disabit jenayah berat
- Dalam kes-kes tertentu di mana kepentingan Parti mesti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pelarasan atau pindaan kepada Garis Panduan ini.
Garis Panduan Calon-Calon Pengerusi Jawatankuasa dan Pegawai Pembangunan Kampung Baru MCA
1. Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru
- Pengerusi jawatankuasa kampung baru yang dilantik Parti tidak boleh memegang jawatan tersebut lebih daripada 12 tahun, atau berumur 65 tahun ke atas (Oleh kerana kerajaan negeri telah menetapkan keperluan yang berlainan, Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri masing-masing akan membuat keputusan mengenai lantikan);
- Ahli-ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Senator tidak boleh memegang jawatan pengerusi jawatankuasa kampung baru
2. Kriteria Minimum untuk Calon-Calon yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru
- Calon tersebut mestilah bermastautin, atau bekerja, atau aktif dalam kampung tersebut;
- Calon mestilah ahli seumur hidup MCA dan telah menjadi ahli untuk lebih daripada 3 tahun;
- Calon mestilah sekurang-kurangnya tamat pengajian di sekolah menengah dan mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia supaya boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat berkomunikasi dan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan;
- Calon mestilah menghadiri dan melengkapkan kursus-kursus berkenaan yang dianjurkan Parti dan kerajaan;
- Calon mestilah aktif dalam Parti dan masyarakat tempatan, dengan rekod perkhidmatan yang baik
- Calon mestilah berkhidmat dengan setia dan menghadiri semua mesyuarat kampung-lampung baru tanpa kekangan peribadi;
- Setiausaha kepada Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Pegawai Pembangunan Kampung Baru, Pegawai Informasi, dan ahli-ahli majlis tempatan dan daerah tidak layak menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru
3. Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru
- Jawatankuasa Perhubungan Negeri masing-masing akan menubuhkan jawatankuasa pemilihan untuk menjalankan sesi temuduga dengan semua calon;
- Memandangkan kerajaan negeri masing-masing menetapkan keperluan yang berbeza, Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA akan membuat keputusan atas isu-isu yang berkaitan dengan: pencalonan ahli-ahli untuk jawatankuasa pemilihan, kriteria pemilihan calon, dan cara-cara ujian lisan dan temuduga dijalankan. Ibu Pejabat MCA akan menyeragamkan skop ujian yang akan digunakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri;
4. Tugas-Tugas Asas
- Memantau pembangunan kampung baru masing-masing dan menyelesaikan masalah-masalah tempatan dan bersedia mengadakan mesyuarat;
- Memantau penggubalan dasar-dasar, mengukuhkan komunikasi antara jabatan-jabatan dengan penduduk-penduduk kampung, memahami keperluan penduduk kampung, merangka dasar-dasar pembangunan, dan memantau pelaksanaan projek untuk memastikan ia tidak melanggar dasar dan tidak berat sebelah;
- Memberi perkhidmatan baik kepada semua penduduk dalam Bahagiannya termasuk semua hal berkenaan dengan kerajaan tempatan, dan mampu bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada setiap masa;
- Menghadiri semua mesyuarat, taklimat dan perhimpunan Parti yang penting, dan mempromosikan aktiviti Parti dengan sebaik-baiknya;
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dan kerja-kerjanya;
- Merealisasikan matlamat Parti untuk memupuk budaya politik yang sihat dengan sebaik-baiknya.
5. Peruntukan Am
- Ahli-ahli Parti yang ingin meletak jawatannya mesti menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak berkuasa berkenaan, Pengerusi Bahagian dan ibu pejabat MCA dan menyatakan sebab-sebabnya; pada masa sama satu salinan mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri;
- Tertakluk kepada Garis Panduan ini, Parti berhak mengarahkan seseorang ahli Parti yang memegang jawatan awam untuk meletak jawatan jikalau dia gagal menjalankan tugasnya dengan baik, berkelakuan memalukan, melanggar tatatertib Parti atau disabit jenayah berat;
- Dalam kes-kes tertentu di mana kepentingan Parti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pelarasan atau pindaan kepada Garis Panduan ini.
1.Garis Panduan Calon-Calon Pegawai Pembangunan Kampung Baru MCA
- Pegawai-pegawai pembangunan kampung baru yang dilantik Parti tidak boleh berumur 60 tahun ke atas
2.Kriteria Minimum untuk Calon-calon Pegawai Pembangunan Kampung Baru
- Calon mestilah bermastautin, atau aktif bekerja untuk Parti dalam kampung baru tersebut;
- Calon mestilah seorang ahli seumur hidup MCA, dan telah menjadi ahli Parti untuk lebih daripada 3 tahun;
- Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM dan lulus Bahasa Malaysia. Calon mesti mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia supaya boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat dan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan;
- Calon mesti melengkapkan kursus-kursus berkenaan yang dianjurkan Parti dan kementerian;
- Calon mesti aktif dalam Parti dan masyarakat tempatan, dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
- Calon mesti berkhidmat dengan setia dan menghadiri semua mesyuarat yang diadakan oleh kampung baru, Bahagian MCA dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri tanpa kekangan peribadi;
- Senarai calon-calon Pegawai Pembangunan Kampung Baru (yang baru atau dilanjutkan lantikannya) mesti diserahkan oleh Bahagian dan ditemuduga oleh jawatankuasa pelantikan yang ditubuh Jawatankuasa Perhubungan Negeri; Ibu Pejabat MCA akan membuat keputusan terakhir
3.Pemilihan Pegawai Pembangunan Kampung Baru
- Jawatankuasa Perhubungan Negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemilihan untuk menemuduga semua calon;
- Calon-calon yang disyorkan mesti lulus sesi temuduga atas keupayaan bahasanya dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan;
- Penyandang jawatan yang ingin melanjutkan lantikannya mesti lulus penilaian KPI yang ditetap Jawatankuasa Perhubungan Negeri.
4.Tugas-Tugas Asas
- Menghadiri semua mesyuarat di peringkat Bahagian dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Membantu merangka projek-projek pembangunan kampung baru dalam Bahagian dan memantau pelaksanaan projek
- Memberi perkhidmatan baik kepada semua penduduk dalam Bahagiannya termasuk semua hal berkenaan dengan kerajaan tempatan, dan mampu bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada setiap masa;
- Menghadiri mesyuarat, taklimat dan perhimpunan penting dan membantu mempromosikan aktiviti Parti dengan sebaik-baiknya;
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dan kerja-kerjanya;
- Merealisasikan matlamat Parti untuk memupuk budaya politik yang sihat dengan sebaik-baiknya.
5.Peruntukan Am
- Ahli-ahli Parti yang ingin meletak jawatannya mesti menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak berkuasa berkenaan dan menyatakan sebab-sebabnya; pada masa sama satu salinan mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri;
- Tertakluk kepada Garis Panduan ini, Parti berhak mengarahkan seseorang ahli Parti yang memegang jawatan awam untuk meletak jawatan jikalau dia gagal menjalankan tugasnya dengan baik, berkelakuan memalukan, melanggar tatatertib Parti atau disabit jenayah berat;
- Dalam kes-kes tertentu di mana kepentingan Parti mesti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pelarasan atau pindaan kepada Garis Panduan ini.