Rakyat muak dengan 'cakap tak serupa bikin' DAP
Perkembangan terkini sinar buat adik Bella  

Masalah berulang : Ubah kerajaan Selangor

Pada Selasa    04-10-2022 11:31:00

Memandangkan Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menghadapi satu demi satu isu atau bencana alam sekitar yang tidak ditangani dengan baik, maka tibalah masanya pengundi-pengundi Selangor menukar kerajaan negeri kepada Barisan Nasional (BN).

Tempoh 14 tahun adalah mencukupi bagi PH untuk membuktikan kemampuan mereka membawa “reformasi” ke negeri terkaya Malaysia ini. Malangnya, mereka tidak mampu menunaikan apa yang mereka sendiri janjikan dan hanya “syiok sendiri” selama ini.

Kemarahan orang ramai terhadap penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara serta Hutan Simpan Bukit Cerakah, langsung tidak diendahkan apabila 27 plot dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong seluas 887 hektar atau bersamaan 27 padang bola sepak, telah diserahkan untuk aktiviti kuari dan letupan batu-batu.

Orang ramai berasa bimbang kesan daripada penebangan hutan yang berleluasa di Selangor akan menyebabkan lebih banyak kejadian banjir buruk berlaku.

Bencana banjir serentak dengan pemotongan bekalan air seperti yang berlaku di Pulau Pinang merupakan kombinasi yang aneh, dan Selangor sepatutnya mengelakkan keadaan sebegini daripada berlaku.

Tidak cukupkah Selangor, terutamanya Lembah Klang menderita dalam 4 tahun kebelakangan ini akibat pemotongan bekalan air tidak berjadual disebabkan pencemaran sumber air oleh cecair kimia buangan dari kilang-kilang haram di Sungai Selangor dan Sungai Gong di Rawang?

Meskipun kerajaan PH Selangor telah menghabiskan RM2 juta untuk membeli 4 buah dron bagi mengawasi lembangan sungai bagi mencegah kegiatan mencemari sungai, malah mewujudkan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air di bawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), insiden pencemaran sungai-sungai di Selangor terus berlaku.

Insiden terbaru telah beralih tempat dari Rawang ke Kajang. Buih putih telah dikesan terapung di Sungai Kabul pada 11.30 pagi Sabtu, 1 Oktober 2022. Dua buah kilang di Beranang disyaki menjadi punca setelah sampel yang menyerupai bahan-bahan pencemaran di Sungai Kabul itu dijumpai dalam premis mereka.

Walaupun tiada penutupan tidak berjadual loji rawatan air, pengguna air kediaman mahupun komersial dalam kawasan sekitar tetap berasa was-was terhadap kualiti dan kebersihan air yang mengalir ke paip mereka.

“Ubah” dan tukar kerajaan PH Selangor sekarang. Kembalikan BN.

Dato’ Ng Chok Sin
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor
4 OKTOBER 2022

-MCA online-

Berita Berkatian

Perkembangan terkini sinar buat adik Bella

MCA sedia laksana semak imbang sebagai pembangkang

MCA akan memainkan sebagai pembangkang berkesan – Ka Siong

Perlu akses lebih mudah untuk Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang 2030

Kadar kelahiran rendah jejas pasaran buruh dan ekonomi negara