Masalah berulang : Ubah kerajaan Selangor
Kenyataan media Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon (28-11-2022)  

Anwar bawa mesej 'saya ulang' : Rakyat waspada, jangan terjatuh ke lubang yang sama

Pada Selasa    04-10-2022 12:30:00

4 Oktober 2022

Kenyataan media Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan

Anwar bawa mesej 'saya ulang' : Rakyat waspada, jangan terjatuh ke lubang yang sama

Rakyat perlu berwaspada dengan mesej "saya ulang, hari ini kita menang, esok harga minyak turun" yang sinonim dengan Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, lebih-lebih lagi menjelang musim pilihan raya tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Anwar telah melancarkan bukunya, 'SCRIPT-For a Better Malaysia', kononnya bagi mengetengahkan visi dan kerangka dasar yang menjadi matlamat beliau untuk mentransformasikan Malaysia. Antara yang terkandung dalam buku itu ialah usaha memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Buku ini mengingatkan rakyat Malaysia kepada Buku Harapan, yang dilihat sekadar kosmetik luaran semata-mata. Ini kerana, janji sama turut ditabur Anwar dan Pakatan Harapan (PH) sebelum mendapat kuasa pada tahun 2018. Malangnya, apabila mendapat kuasa, PH terus mengabaikan janji dan manifesto mereka sendiri, malah lebih teruk apabila mereka dengan mudah melabel manifesto bukan 'kitab suci'.

PH janji hapuskan tol, tetapi bila dapat kuasa, mereka lanjutkan konsesi yang sepatutnya berakhir pada 2038 kepada tahun 2058. 'Toll-free' jadi 'toll-forever' bawah PH. Hapus hutang PTPTN? Tidak juga berlaku semasa PH berkuasa, sebaliknya peminjam tetap perlu melunaskan hutang masing-masing.

Begitu juga dengan seruan Anwar kepada pengundi untuk memberi peluang kepada PH menjadi kerajaan semula membuktikan Pengerusi PH ini masih memiliki cita-cita yang tinggi untuk menjadi Perdana Menteri dan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa politik.

Malah, beliau sanggup menipu rakyat sekali lagi, kononnya PH tidak boleh dipersalahkan atas kegagalannya sepanjang tempoh 22 bulan memerintah, atas alasan pemerintahan masa itu kerajaan PH diketuai oleh individu lain. Sedia maklum, Perdana Menteri selepas PH berjaya membentuk kerajaan persekutuan pada Mei 2018 adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Adakah Anwar lupa bahawa beliau sendiri bersama-sama kepimpinan PH lain sebulat suara memberi mandat kepada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri? Maka, di bawah prinsip tanggungjawab kolektif, kegagalan individu tersebut juga adalah kegagalan PH secara keseluruhan. Ini kerana, Malaysia ditadbir oleh Tun Mahathir selaku Perdana Menteri bersama barisan Kabinet di kalangan parti PH.

Anwar diibaratkan seperti sesumpah, yang berubah warnanya mengikut situasi semasa. Sebelum ini beliau sanggup memaafkan Tun Mahathir walaupun 'didera' bertahun-tahun dari segi politik, malah memuji dan menganggap apa yang Mahathir lakukan kepadanya sejak zaman reformasi 1998 sekadar “luka kecil” sahaja. Hari ini, Mahathir dipersalahkan atas segala kegagalan kerajaan PH, walaupun isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

Kenyataan Anwar ini juga mengesahkan bahawa PH yang memiliki 26 menteri dan 23 timbalan menteri terbukti gagal mentadbir negara dengan baik apabila diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu.

Peringatan buat Anwar, usahlah cuba mengelak tanggungjawab dengan menyalahkan orang lain semata-mata tanpa melihat kekurangan diri sendiri. Ingatlah, bukan Mahathir seorang sahaja yang menabur janji bulan dan bintang untuk meraih undi, sebaliknya seluruh kepimpinan PH melakukan perkara sama, dan anda semua kepimpinan PH jugalah yang tidak menunaikan janji tersebut sehingga mencetuskan kemarahan rakyat.

-MCA online-

Berita Berkatian

Kenyataan media Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon (28-11-2022)

Kenyataan Media Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong (24 November 2022)

Kenyataan media Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon (23-11-2022)

Wee Ka Siong tidak hadir pertemuan di St. Regis

MCA sedia laksana semak imbang sebagai pembangkang