Pesawat Malaysia Airlines dari India penerbangan kargo
Tertukar bayi: Jadikan iktibar, perketat SOP keselamatan  

Pemimpin Pakatan Harapan sokong aktivis hina institusi raja dan semai kebencian?

Pada Rabu    05-05-2021 09:13:00

5 Mei 2021

Kenyataan Media Pengerusi Perhubungan Negeri MCA Terengganu, Chew Sir Boon

Pemimpin Pakatan Harapan sokong aktivis hina institusi raja dan semai kebencian?

Siapa tidak kenal Fahmi Reza Mohd Zarin, pemuda yang memilih jalan pintas menggunakan bakat seninya dengan menghina orang kenamaan semata-mata mahu meraih populariti.

Keghairahannya meraih populariti bukan sekadar menghina ahli politik, malah Fahmi juga dilihat semakin berani menghina institusi raja apabila membuat bahan ejekan atau ‘troll’ KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah, insan yang tiada kepentingan politik.

Sedia maklum, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menahan Fahmi pada 23 April lepas bagi membantu siasatan kes menghina baginda.

Apabila aktivis lain serta ahli-ahli politik khususnya daripada pemimpin Pakatan Harapan tampil untuk bersolidariti, media membuat liputan menyebabkan nama Fahmi kembali memenuhi laporan portal-portal berita serta tular di media sosial.

Apabila pihak polis menyiasat mereka, giliran Fahmi pula menyatakan solidaritinya. Seolah-olah mahu menggambarkan mereka saling bersolidariti atas prinsip demokrasi dan kononnya ditindas oleh pihak berkuasa.

Sedangkan pihak berkuasa jelas menjalankan tanggungjawab mengikut undang-undang negara. Fahmi Reza disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan sengaja dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.

Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun tidak memerlukan aktivis yang gemar menanam kebencian di antara sesama manusia. Terlalu banyak insiden menghina institusi raja dan agama mahupun menyemai kebencian di kalangan masyarakat majmuk.

Fahmi sewajarnya menggunakan kemahirannya dengan mencontohi kartunis Lat atau nama sebenarnya, Datuk Mohammad Nor bin Mohammad Khalid yang terkenal dengan karya The Kampung Boy.

Nama Datuk Lat menjadi popular baik dalam mahupun luar negara kerana usaha gigihnya menggunakan kemahiran serta bakat yang ada dengan memupuk dan mempromosikan nilai-nilai murni, bukannya popular dengan budaya menyemai kebencian.

Melihat kepada kesungguhan tindakan pemimpin Pakatan Harapan seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil, timbul satu persoalan.

Adakah YB Fahmi Fadzil serta pemimpin PH menyokong dan bersetuju dengan perbuatan Fahmi Reza?

-MCA online-

Berita Berkatian

Tiada