Tren DMU pacu ekonomi Pantai Timur
Pemimpin Pakatan Harapan sokong aktivis hina institusi raja dan semai kebencian?  

Tren DMU rancak ekonomi, pelancongan di Pantai Timur

Pada Isnin    12-04-2021 11:00:00

Tren Diesel Multiple Unit (DMU) yang menggantikan lokomotif dan koc penumpang mampu merancakkan sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di kawasan Pantai Timur.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tren berkenaan disediakan untuk kemudahan rakyat khususnya di Kelantan dan Pahang.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM380 juta bagi pembelian 13 unit tren bagi laluan dari Tumpat, Kelantan ke Gemas, Negeri Sembilan tidak termasuk kos membaiki laluan yang rosak akibat banjir besar pada 2014.

"Projek berkenaan sudah siap 80 peratus dan Kementerian Pengangkutan akan memantau bagi mempercepatkan pembinaan baki 20 peratus secepat mungkin.

"Larian komersial tren DMU ini akan dijalankan secara berperingkat dan larian pertama tren bermula hari ini bagi laluan Tumpat ke Gua Musang dengan jarak 216 kilometer (km) serta Gua Musang ke Kuala Lipis berjarak 94 km.

Berita Berkatian

Tren DMU pacu ekonomi Pantai Timur

Industri rel sasar guna 45 peratus kandungan tempatan

RIDP tingkatkan 45 peratus kandungan tempatan dalam industri rel

Stesen Sentral Kuala Lumpur akan dinaik taraf

Malaysia bergantung kepada jaringan kereta api dalam memacu aspirasi negara - Wee