MCA kemuka lima cadangan atasi kemerosotan pelancong di Langkawi
Tingkatkan kekuatan, pertahan kesederhanaan  

190 pokok ditanam delegasi sempena APCW 2023

Pada Isnin    13-11-2023 22:18:00

Sebanyak 190 pokok terdiri pelbagai jenis ditanam di Sireh Park, Iskandar Puteri, simbolik kepada penganjuran Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023). 

Kesemua pokok yang ditanam oleh delegasi APCW 2023 dari pelbagai negara itu sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

Program Penanaman Pokok yang dianjurkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Dato’ Mohd Noorazam Osman; Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Dato’ Asman Shah Abd Rahman.

 -Media Digital Johor 

Berita Berkatian

Johor Insight bantu bakal pelabur kenal pasti prospek

Johor rekod pelaburan RM14.23 bilion

Johor sasar pelaburan tambahan RM60 bilion di Pengerang

PIPC terus jadi pilihan pelabur

Taman Perindustrian Tropicana pemangkin ekonomi Pontian